• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis Guling BN?

oleh
26/08/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini ramai penyokong pembangkang ‘melenting’ apabila MYNEWSHUB pernah menyiarkan artikel yang mendedahkan campur tangan asing bagi menjatuhkan kepimpinan kerajaan Malaysia dengan apa cara sekali pun.

Rancangan konspirasi disusun pergerakan Zionis antarabangsa itu semakin menyerlah susulan laporan eksklusif Wall Street Journal secara berani memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Akhbar terlaris di Amerika Syarikat (AS) itu sebenarnya dimiliki taikun Yahudi ternama, Rupert Murdoch dan menguasai pelbagai organisasi media terkenal bagi menghancurkan mana-mana pihak yang dianggap musuh.

Itu yang tersurat namun yang tersirat, tidak ramai tahu pemimpin pakatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor turut menerima sumbangan daripada mereka secara tidak langsung tetapi dengan matlamat sama.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Juga: Protokol 12 – Media Zionis Hancur Malaysia

Lagi: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Perkara ini rupa-rupanya pernah didedahkan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan ia cuba dirahsiakan pembangkang bagi mengelak rakyat mengetahui cerita sebenar yang disembunyikan selama ini.

Apa yang pasti, ‘kemewahan’ pembangkang boleh dilihat setiap kali pilihan raya umum dan kecil sejak 2008 lalu apabila jentera kempen mereka begitu gah bergaya dengan bajet besar berbanding BN jauh ketinggalan zaman.

Ini diakui sendiri penganalisis politik prolifik dari AS, Nile Bowie yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur serta pernah menyumbang artikel untuk pelbagai akhbar berpengaruh di Asia dan Rusia selain badan pemikir serantau.

Dalam satu tulisan yang disiarkan portal ternama Russia Today, beliau mendakwa pembangkang di Malaysia menerima lebih AS$1 juta (RM3.8 juta) setiap tahun daripada National Endowment for Democracy (NED).

Yayasan tersebut dibiayai kerajaan AS bagi menyokong dan melatih pembangkang di Malaysia yang diketahui amat rapat dengan kuasa besar dunia itu termasuk menjana operasi perang saraf menerusi media sosial popular.

Penggunaan kenderaan berat oleh jentera pembangkang ketika jelajah kempen pilihan raya. – Gambar hiasan

NED bekerjasama dengan International Republican Institute (IRI) dipengerusikan oleh John McCain, tokoh politik AS era bekas presiden George Bush dan Ronald Reagan yang rapat dengan pentadbiran rejim Israel.

Kedua-dua badan itu menyalurkan dana kepada pembangkang di Malaysia, sekali gus menyaksikan parti-parti antikerajaan jauh lebih mewah daripada BN sendiri yang masih amat lemah dari segi kedudukan kewangan.

Tidak hairanlah pembangkang di Malaysia amat kaya berbanding BN, malah ini boleh dilihat sendiri ketika kempen pilihan raya umum dan kecil apabila suasana jentera parti pun ketara berbeza ibarat langit dengan bumi.

Bowie dalam analisis itu berkata, selain NED dan IRI, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor turut menerima dana daripada National Democratic Institute for International Affairs (NDI), sebuah lagi agensi kerajaan AS.

Ini diakui sendiri Tunku Abdul Aziz, yang pernah menjadi Presiden Transparency International – Malaysia; dan menjadi salah satu faktor kenapa beliau sanggup bertindak berani keluar daripada DAP beberapa tahun lalu.

Jentera pembangkang ada dana lebih mewah daripada BN termasuk bahan kempen politik. – Gambar hiasan

Sambil menyifatkan NDI banyak biayai beberapa siri rusuhan ganas anjuran Bersih dan disokong Open Society Institute diketuai laksawan, George Soros, rupa-rupanya pembangkang di Malaysia adalah tali barut Zionis.

Hakikatnya, itulah punca utama kenapa pembangkang sehingga kini enggan mengisytiharkan daripada sumber manakah dana politik mereka demi kepentingan siasah yang menjadikan matlamat boleh menghalalkan cara.

Sebaliknya mereka cuba pula mengalih perhatian dengan menghasut rakyat kononnya Perdana Menteri pun ada menerima dana berjumlah RM2.6 bilion daripada seorang laksawan Arab terkenal untuk tujuan politik BN.

Apa yang tidak diceritakan, mereka ‘cemburu’ tokoh Timur Tengah itu lebih percaya kepada Najib berbanding pembangkang di Malaysia demi memastikan BN kekal memerintah negara ini tanpa menghadapi masalah besar.

Atau mungkinkah ini agenda jahat Zionis mahu BN ‘tumbang’ pada pilihan raya umum akan datang bagi diambil alih pembangkang yang pro-Yahudi seterusnya membuka kedutaan Israel di Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC


Tags: BNGeorge SorosIsraelWall Street JournalZionis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15,000 Pengguna TNB Nikmati Bekalan Percuma

Next Post

Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk Kemaluan Pada Pelajar Sekolah

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Next Post

Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk Kemaluan Pada Pelajar Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd