• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yasmin Ahmad: Karya Sentimentalnya Sentiasa Dirindui

oleh AK-47
22/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali tibanya syawal hati dan perasaan pastinya dicuit dengan rasa pilu tatkala melihat iklan-iklan di kaca televisyen yang ditayangkan sempena sambutan aidilfitri.

Pelbagai bentuk, jalan cerita dan emosi yang wujud dalam sebuah penceritaan iklan yang ditayangkan.

Dari yang berunsurkan kelakar sehingga membuatkan semua orang tersenyum sehinggalah kepada sebuah jalan cerita yang mewujudkan begitu banyak teladan dan pengajaran yang boleh dihayati.

Antara iklan yang sentiasa mendapat tempat di hati setiap penonton adalah iklan yang diterbikan oleh Petronas.

Saban tahun setiap iklan daripada syarikat pengeluaran minyak terkemuka di dunia ini sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Karya seperti Seven Son dan Burung Murai merupakan iklan yang mendapat tempat dalam hati penonton dan cukup memberi kesan dari segi emosi.

Kisah seorang janda yang mempunyai tujuh orang anak lelaki yang sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya dengan membuat pembahagian tugas untuk anak-anaknya.

Ada yang diberi tanggungjawab untuk membeli bawang, membuat ketupat, memotong ayam dan mencari daging tapi malangnya daging yang diperlukan sudah habis di pasar.

Tetapi dek mengenangkan kehendak ibu yang menginginkan daging untuk juadah raya, kesemua anaknya cuba memenuhi kehendak ibu tercinta.

Inilah nilai yang cuba ditampilkan, penuh dengan pengajaran kerana syurga seorang anak sememangnya terletak dibawah kaki ibu.

Karya Burung Murai pula menggambarkan sikap anak yang mula mengeluh ketika acap kali ditanya ayahnya tentang nama sejenis burung iaitu burung murai.

Saat itu, seorang ayah yang sudah dimamah usia menunjukkan sebuah diari yang ditulis oleh ibunya. Dari situ dia mula sedar betapa sabarnya seorang ayah ketika menjawab pertanyaan si anak sewaktu kecil.

Karya yang begitu menyentuh jiwa setiap penonton ini jelas menunjukkan betapa pentingnya menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

https://www.youtube.com/watch?v=cnahSnXMByI

Persoalannya, masihkan ada ruang dan peluang untuk kita melihat karya agung ini setiap kali menjelangnya syawal pada masa hadapan?

Masihkan ada karya yang mampu menitiskan air mata kita? Ya, memang ada. Tapi jujurnya kami masih merindui karya agung serta idea-idea sentimental yang dilontarkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Bukan untuk menidakkan kebolehan serta idea orang lain yang juga boleh menggoncang hati kecil manusia tetapi sekadar untuk menghargai jasa dan merindui insan yang berbakat besar seperti Yasmin.

Setiap hilai tawa, suka duka, tangis hiba sentiasa kekal dalam ingatan setiap penonton sehingga kebanyakan karyanya itu menjadi lagenda setiap kali tibanya syawal.

Walaupun sudah banyak iklan yag diterbitkan sempena syawal yang mampu membuatkan setiap penonton menitiskan airmata tetapi karya dari insan seni bernama Yasmin Ahmad tiada pengganti.. AL-FATIHAH..

– MYNEWSHUB.CC

Antara karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Yasmin Ahmad.

https://www.youtube.com/watch?t=54&v=pkZAWaasMnU

Tags: AidilfitriHari RayaiklanYasmin Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tips Untuk Dapatkan Tidur Berkualiti Pada Musim Perayaan

Next Post

Sampul Raya Pelbagai Rekaan Serikan Sambutan Lebaran

Related Posts

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Next Post

Sampul Raya Pelbagai Rekaan Serikan Sambutan Lebaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd