• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Kritik Erdogan Di Twitter Dipecat

oleh Ahmad Albab
26/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Seorang wartawan kanan akhbar utama Turki dipecat semalam akibat kenyataan menerusi laman Twitter yang mengkritik dasar Presiden Recep Tayyip Erdogan terhadap ancaman militan Negara Islam (IS).

Pihak pengurusan akhbar Milliyet namun menjelaskan, Kadri Gursel terpaksa dipecat dengan serta-merta kerana pendiriannya itu bertentangan dengan polisi syarikat media cetak tersebut.

“Kenyataan penulis kami adalah bertentangan dengan pemahaman dan tanggungjawab mengikut etika kewartawanan kumpulan media kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Wartawan itu melalui akaun Twitter @KadriGursel menuduh Erdogan sebagai punca utama kebangkitan IS dan menganggap sungguh memalukan apabila pemimpin dunia mengucapkan takziah kepada presiden itu atas pengeboman di Suruc, baru-baru ini.

“Memalukan apabila orang yang menjadi punca utama keganasan IS di Turki pula menerima ucapan takziah,” katanya menerusi kicauan Twitter berbahasa Turki yang dikongsi lebih 3,000 kali.

Seramai 33 orang awam terbunuh dalam serangan pengebom berani mati Isnin lalu di Suruc yang bersempadan dengan negara jiran, Syria dan ia disyaki dilakukan oleh kumpulan IS.

Turki kerap didakwa bersekongkol dengan pelampau IS kononnya untuk menggulingkan Presiden Syria Bashar al-Assad. Ankara bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu. – AFP/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=vF8acZL7IME

Tags: ErdoganTurkiwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd