• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Sambut Baik Langkah Penangguhan Pemilihan Parti

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO menerima baik dan bersetuju dengan cadangan Majlis Tertinggi (MT) yang menanggguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Persetujuan itu dicapai bagi menentukan semua pemimpin dan juga ahli UMNO menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum akan datang, katanya.

“Cadangan penangguhan pemilihan UMNO ini bermula dari cawangan-cawangan yang telah bermesyuarat. Kami (Wanita UMNO) tidak ada bantahan dan kita terima baik cadangan tersebut”, katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada majlis sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Alliance Islamic Bank Berhad dan Jakel di pusat membeli-belah Jakel Mall di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan bagi mengukuhkan parti dan memberi keutamaan kepada perkhidmatannya untuk rakyat.

Shahrizat yang juga Pengerusi YKN berkata Wanita mengalu-alukan keputusan ini serta akan menggunakan masa ini untuk mempertingkatkan lagi jentera Wanita.

“Jika lihat usul yang telah dibawa, ia adalah usul untuk menangguhkan pemilihan, idea ini bermula dari peringkat bawahan iaitu cawangan-cawangan dan bukannya dari peringkat atas.

Jadi MT terima sahaja keputusan tersebut. Cadangan ini memang munasabah dan bagi Wanita sebagai jentera utama kami menerima keputusan ini dengan baik sekali”, katanya.

Pada majlis itu seramai 206 golongan asnaf daripada Pusat Darul Ulum Furqani cawangan Puchong, Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Madrasatul Quran Yaakubiyah dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul menerima sumbangan. – BERNAMA

Tags: Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd