• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waktu Antarabangsa Tambah Sesaat 8 Pagi Ini

oleh
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika anda jenis orang yang amat mementingkan ketepatan masa tetapi kebetulan tidak memiliki jam atom, maka eloklah membuat pembetulan semula waktu standard Malaysia (WSM) hari ini.

Ini kerana satu saat sebelum pukul 8 pagi 1 Julai, WSM ditambah sesaat bagi diselaraskan dengan waktu antarabangsa yang turut ditambah satu saat iaitu berpandukan Greenwich Mean Time (GMT) di London.

Ini bermakna selepas pukul 23:59:59 (11.59:59 malam di GMT) ia kemudian disusuli dengan 23:59:60 sebelum beralih kepada 00:00:00 (12.00 tengah malam di GMT) yang menjadi tanda rujukan masa seluruh dunia.

Di Malaysia pula, penanda aras rujukan waktu GMT itu bermaksud 07:59:59 (7.59:59 pagi pada 1 Julai) yang kemudian disusuli dengan 07:59:60 sebelum beralih kepada 08:00:00 (iaitu dalam cakap mudah pukul 8 pagi).

Pelarasan waktu ditambah satu saat di seluruh dunia secara serentak pada hari ini adalah bagi menyeragamkan masa sebenar dengan kelajuan putaran bumi yang dilaporkan mengalami putaran yang lebih perlahan sedikit.

Fenomena digelar ‘saat lompat’ ini sudah banyak kali berlaku sejak tahun 1972, supaya jam dan sistem komputer adalah selari dengan rentak putaran bumi malah ia lazimnya akan berlaku sekali dalam beberapa tahun.

Penambahan waktu antarabangsa itu akan menjadikan detik waktu 07:59:60 berlaku dan tidak seperti kebiasaan, yang hanya akan bergerak ke detik 07:59:59 sebelum jam menunjukkan pukul 8.00 pagi.

Pengarah Masa di Biro Antarabangsa bagi Berat dan Ukuran Singapura, Felicitas Arias ketika dihubungi stesen Channel NewsAsia berkata, pembetulan itu memang adalah mudah, namun suka atau tidak perlu dilakukan.

Pasaran kewangan antarabangsa dilaporkan sudah bersedia untuk fenomena itu dan sesetengah pihak berkata, mereka akan menguji sistem waktu perdagangan untuk memastikan jam adalah tepat mengikut GMT.

Di Malaysia, WSM yang diguna pakai diselaraskan menerusi makmal jam atom oleh Institut Penyelidikan dan Standard Perindustrian Malaysia (SIRIM) di Shah Alam, Selangor.

– Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: bumiGMTjamputaranSirimwaktu standard
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Syukurlah Along Dan Angah Ditemui Selamat’

Kapsul Peregrine Dijangka Terhempas Ke Bumi

18/01/2024
0

WASHINGTON - Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial...

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

04/06/2023
0

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd