• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat PAS Dedah Dipujuk Sertai GHB

oleh Ahmad Albab
28/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mendedahkan beliau didatangi dan dipujuk individu tertentu supaya menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

ADUN Tanjong Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan berkata, beliau bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana mahu terus bersama PAS dan kemimpinan ulamanya.

“Saya akui terdapat individu yang cuba menjinakkan saya untuk turut serta dalam kumpulan GHB.

“Saya ingin tegaskan saya akan kekal dalam perjuangan PAS. Saya tidak terlibat GHB sebaliknya kekal bersama PAS dan kepimpinan sedia ada. Saya berseru kepada semua yang mengaku sebagai ahli PAS agar terus istiqamah bersama PAS hingga akhir hayat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Mohd. Haslin meminta tiada mana-mana pihak mengaitkan beliau dengan GHB atau menyokong GHB serta mengucapkan tahniah kepada ADUN PAS lain kerana menolak penglibatan bersama GHB.

Beliau menjelaskan, beliau memenangi kerusi DUN Tanjong Sepat disebabkan kesungguhan dan pengorbanan, ahli-ahli PAS.

“Menyedari kepada hakikat kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan izin Allah,” katanya.

GHB mahu ditubuhkan sebagai sebuah parti politik Islam baharu oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti itu pada Jun lalu termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - MYNEWSHUB.CC

Tags: GHBPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd