• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USIM Jadi Universiti Awam Pertama Di Apple iTunes U

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pusat Akses Pembelajaran Terbuka Global (GOAL Centre) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meletakkan USIM sebagai universiti awam pertama dipilih untuk disenarai dalam platform ‘Apple iTunes U’.

Apple iTunes U merupakan katalog terbesar bagi bahan pembelajaran percuma dari serata dunia selain menyediakan pendaftaran program atau kursus secara percuma dan tanpa had.

Berkonsepkan pembelajaran dalam talian, bahan yang telah dimuat naik ke dalam peranti Apple juga boleh diakses secara offline, selaras dengan hasrat untuk meluaskan akses kepada pendidikan.

Kerjasama antara USIM dan Apple Education (M) telah dimulakan sejak penghujung tahun 2014, manakala usaha awal untuk mendaftarkan USIM dalam platform Apple iTunes dimulakan pada Februari 2015.

Pendaftaran USIM telah diluluskan baru-baru ini dengan Naib Canselor sebagai ketua, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) sebagai pemantau dan Pengarah GOAL Centre selaku Ketua Projek.

Pengarah GOAL Centre, Prof Dr Rozhan Mohammed Idrus berkata usaha memperkaya kandungan Apple iTunes U dimulakan dengan memilih dan menempatkan video Sumber Pendidikan Terbuka USIM yang mempunyai unsur integrasi Naqli dan Aqli.

Katanya langkah ini akan diteruskan dengan menempatkan tiga kursus Massive Open Online Course (MOOC) USIM ke dalam iTunes U menjelang akhir tahun 2015.

“Penghasilan iBook pula akan diusahakan bermula tahun 2016 dengan kerjasama fakulti di USIM. Dengan tersenarainya USIM dalam platform ini, kandungan yang kita letakkan di dalamnya boleh digunakan sebagai perkongsian kursus dan program secara online oleh pengguna iTunes U di seluruh dunia dengan percuma.

“Oleh itu, pihak GOAL Centre mengalu-alukan bahan-bahan berguna dan mempunyai nilai Naqli dan Aqli untuk perkongsian secara global di iTunes U,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya sehingga penghujung Jun lalu, iTunes U USIM telah menempatkan lebih 12 buah video melalui tujuh kategori.

Katanya rekod akses juga menunjukkan bahawa iTunes U USIM telah dikunjungi pelajar dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan China.

GOAL Centre telah ditubuhkan pada Oktober 2011 bagi membangun, melaksana dan melestarikan e-pembelajaran di USIM. – BERNAMA

https://youtu.be/6NPGbbOKYzA

Tags: USIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sejauh Mana Kita Sedia Berubah Hadapi Virus Maut

17/04/2020
0

PENULARAN COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Antara yang turut terkesan besar ialah...

Penghidap Penyakit Paru-Paru Daftar Sebagai Mahasiswa USIM

04/09/2019
0

NILAI - Penghidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau paru-paru tidak berfungsi, Muhammad Ashnawi Azmi, 23, antara pelajar yang mendaftar sebagai mahasiswa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd