• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntuan Nafkah RM121 Juta Bekas Menantu Taib Mahmud

oleh AK-47
12/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perbalahan tak sudah dalam proses tuntutan perceraian bernilai jutaan ringgit yang dikemukakan oleh Shahnaz Abdul Majid terhadap bekas suaminya, ahli perniagaan Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, berlanjutan hari ini di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, apabila bekas pasangan suami isteri itu tidak dapat mencapai persetujuan berkenaan nafkah anak tunggal mereka.

Shahnaz menuntut lebihan nafkah RM121 juta membesarkan anak mereka Raden Murya Abdul Taib Mahmud, termasuk rumah teres di London (RM60 juta), sebuah kediaman di Bukit Tunku (RM10 juta), 2 kereta Aston Martin (RM5.5 juta), insuran perubatan (RM5 juta) dan dana amanah swasta (RM40 juta) untuk dimilik dan dikendalikannya.

Shahnaz juga menuntut RM100 juta sebagai mutaah.

Para peguam yang mewakili Datuk Seri Mahmud mengemukakan bantahan terhadap tuntutan nafkah anak bernilai RM121 juta daripada Shahnaz atas dasar bahawa hak anak lelaki mereka bukan lagi tertakluk di dalam Akta Umur Majoriti 1971 oleh kerana telah mencapai usia 18 tahun dan oleh itu, beliau mempunyai hak sepenuhnya keatas dirinya sendiri.

Raden, yang dilahirkan pada 11 Disember 1993, sudahpun menginjak usia 21 tahun 6 bulan kini dan bukan lagi dalam lingkungan umur untuk berada dibawah tanggungjawab ibunya. Anak mereka itu, bidas mereka, merupakan seorang lelaki dewasa.

Oleh itu, Datuk Seri Mahmud menegaskan bahawa Shahnaz tidak mempunyai hak untuk mengemukakan tuntutan bernilai jutaan ringgit tersebut bagi pihak Raden.

Rayuan tersebut didengar hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Mahammad Ibrahim, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Tinggi Perak, Datuk Muhamad Asri Abdullah dan hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah, Datuk Yusof Musa.

Mahmud, yang merupakan anak kepada bekas Gabenor Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, telah diwakili oleh penasihat guamannya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din.

Keputusan rayuan tersebut akan dibuat pada 14 Julai 2015.

Bekas Isteri Diperdaya Pihak Tertentu

Beliau berkata, tuntutan mutaah di mahkamah hari ini adalah isu peribadi namun dijadikan serangan global dan dilancarkan untuk merubah landskap politik Sarawak.

Abu Bekir menamakan Claire Rewcastle Brown daripada Sarawak Report, Bruno Manser Fund, Cullen Johnson dan isteri yang kini berada di penjara, Anwar, Shahnaz dan peguamnya melancarkan serangan untuk merubah landskap politik negeri Sarawak.

Abu Bekir turut menafikan dakwaan beliau memiliki 111 akaun di luar negara berjumlah AS$700 juta dan menyifatkan ia bertujuan untuk memperlihatkan bapanya sebagai pengamal rasuah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes ceraituntutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wartawan Sinar Harian Maut Nahas Motosikal

Next Post

Pelacur Dedah Ustaz Langgan ‘Khidmatnya’ 3 Jam, Hutang 3 Ribu

Related Posts

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Tuntutan Segera AS$16 Bilion Dari Sulu Melampau, Kes Masih Berjalan – AGC

Tuntutan Segera AS$16 Bilion Dari Sulu Melampau, Kes Masih Berjalan – AGC

03/06/2023
0

Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dengan tegasnya segala dakwaan dalam surat yang dihantar oleh Paul H. Cohen, peguam kepada pihak...

Next Post

Pelacur Dedah Ustaz Langgan 'Khidmatnya' 3 Jam, Hutang 3 Ribu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd