• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebab Untuk Tangkap Dr. Mahathir – KPN

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas menolak cadangan pihak tertentu agar polis menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana negarawan itu dikatakan sering membuat kritikan secara terbuka sehingga menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

“Tiada sebab untuk menangkap Dr. Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral di sini hari ini.

Isnin lalu, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dalam akaun Twitter mencadangkan supaya polis bertindak cepat dan menangkap Dr. Mahathir ekoran kritikan berterusannya terhadap Najib.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh MARA Incorporated Sdn. Bhd., tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.

Ini kerana ia boleh mengganggu proses siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah dalam mengemukakan pendapat dan menyebarkan maklumat yang mereka terima di laman sosial berkaitan dengan dua isu itu yang sedang hangat dibincangkan ketika ini.

Khalid berkata mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas sama ada berkaitan 1MDB atau pembelian aset oleh MARA Incorporated Sdn. Bhd., boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Agensi/Mynewshub

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mungkin Ini Pusat Jagaan Panda Paling Comel Di Dunia !

Next Post

KPDNKK Pahang Rampas Barang Tiruan Pelbagai Jenama

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

Next Post

KPDNKK Pahang Rampas Barang Tiruan Pelbagai Jenama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd