• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kerusi Roda, Hari Istimewa Dan Bahagia Buat Saya

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – “Menerima sumbangan kerusi roda elektrik pada hari ini merupakan hari paling bahagia dan istimewa buat saya, lebih-lebih lagi Hari Raya Aidilfitri bakal tiba,” demikian luahan seorang bapa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Muhamad Sayd Ali, 56, yang kudung kedua-dua kaki akibat kencing manis sejak dua tahun lepas dan lemah tangan kiri berkata sumbangan itu mampu membantu pergerakan beliau dan seterusnya mencari nafkah untuk menyara keluarga.

Muhamad berkata sebelum ini, beliau terpaksa menyara isteri serta tiga orang anaknya dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia dan Baitumal.

“Saya mengucapkan terima kasih, raya kali ini paling bahagia. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan.

“Saya rasa gembira, saya boleh berjalan dengan berkerusi roda. Nak jumpa kawan-kawan lama balik, ada kerusi ini boleh pergi sendiri, nak tengok reaksi mereka. Saya rasa macam dapat nyawa baru,” katanya.

Muhamad meluahkan perasaannya kepada pemberita bila menerima sumbangan itu daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia di Kampung Kota Bandung, di sini.

Muhamad dikurniakan tiga orang anak iaitu Mahathir, 19; Marina, 17; dan Mahazan, 15, hasil perkongsian hidup dengan Zaharah Awang, 56.

Sementara itu, Pengerusi Biro tersebut, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya juga akan membantu anak Muhamad yang berusia 19 tahun, bagi menyambung pelajaran dalam masa terdekat.

“Saya dapat tahu anak abang Muhamad terpaksa berhenti belajar di sebuah politeknik kerana ingin membantu keluarga.

“Saya akan memikirkan kaedah lain, kalau kita boleh memberikan satu peluang perniagaan kecil-kecilan kepada abang Muhamad, dan anaknya…untuk sambung belajar.

“Sekarang ini dia (anak Muhamad) kerja dapat bawa balik RM20 hingga RM30 sehari.

“Sekurang-kurangnya kalau dia sambung belajar mungkin dapat bawa balik Ijazah ataupun Diploma. Dia boleh bekerja untuk menampung bantu keluarga,” katanya.

Di IPOH, Biro Kebajikan UMNO Malaysia malam ini mengagihkan sumbangan sebanyak 10 liter air zam-zam, 10 kilogram kurma dan 15 helai kain kepada 649 buah masjid di negeri ini.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada setiap Ketua UMNO Bahagian di Perak pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan awam di kediaman Menteri Besar. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ae9CvtMsJVU

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib: Saya Akan Ambil Tindakan Dalam Beberapa Hari Lagi

Next Post

“Saya Tak Akan Khianati Rakyat Dan Harta Benda Negara”

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

"Saya Tak Akan Khianati Rakyat Dan Harta Benda Negara"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd