• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Umum Kadar Khas 10% Bagi Bas Ekspres Sempena Hari Raya

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jumaat meluluskan kadar khas sebanyak 10 peratus, lebih daripada kadar biasa, bagi perjalanan bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini.

SPAD dalam kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain memenuhi permintaan perkhidmatan yang meningkat berikutan bas-bas tambahan perlu dibekalkan pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

“Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan,” menurut kenyataan itu.

SPAD turut mengumumkan kesemua bas ekspres tambahan pada musim perayaan ini yang bertolak dan tiba di Kuala Lumpur akan menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Suruhanjaya itu turut menasihati pengguna supaya membeli tiket bas di kaunter tiket yang sah sahaja, bagi mengelak penipuan dan kegiatan ulat tiket selain menyimpan keratan tiket perjalanan sebagai bukti.

“Tiket yang sah adalah yang dicetak komputer, serta mempunyai nama syarikat dan nombor bas yang akan dinaiki penumpang. Pengguna diminta untuk memeriksa maklumat yang tertera pada tiket dan mengesahkannya semasa di kaunter pembelian.

“Bagi penumpang yang akan menaiki bas tambahan pula, mereka boleh memeriksa nombor pendaftaran bas berkenaan sepertimana yang telah didaftarkan dengan SPAD melalui lampiran yang dipamerkan di kaunter penjualan tiket,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa pihaknya akan terus meningkatkan lagi pemantauan dan operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini bagi \memastikan jumlah bas mencukupi dan penumpang dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Pengguna perkhidmatan bas ekspres juga boleh membuat aduan ke talian SPAD 1-800-88SPAD (7723) sekiranya terdapat sebarang perkara yang menjejaskan perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan perjalanan mereka pada musim perayaan ini. – BERNAMA

 

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dipenjara Kerana Rogol Isteri

Next Post

Kisah 1MDB ‘Sukar Untuk Dipercayai’ – Ahli PAC

Related Posts

5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang

5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang

22/09/2024
0

BATU PAHAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong cermin hadapan untuk mengeluarkan 11 penumpang dan pemandu selepas bas...

12 Penumpang, Dua Pemandu Cemas Bas Ekspres Masuk Gaung

12 Penumpang, Dua Pemandu Cemas Bas Ekspres Masuk Gaung

20/12/2022
0

GUA MUSANG: Seramai 12 penumpang bersama dua pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke...

Next Post

Kisah 1MDB 'Sukar Untuk Dipercayai' - Ahli PAC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd