• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sirul Azhar Hanya Mahu Bebas Dari Imigresen Australia – Peguam

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sirul Azhar Umar hanya mahu menumpukan kepada permohonan untuk dia dibebaskan daripada tahanan pihak Imigresen Australia dan tidak akan membangkitkan isu lain, kata peguamnya Hasnal Rezua Merican.

Beliau mengulas dakwaan yang tersebar melalui WhatsApp bahawa anak guamnya itu mahu membuat pendedahan dan pengakuan mengenai individu yang mengarahkan dia membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Hasnal Rezua memberitahu Bernama bahawa Sirul Azhar tidak akan berbuat demikian dan dia telah menyatakan tidak mahu lagi pulang ke Malaysia berikutan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Pada 13 Jan lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Australia.

Dia bagaimanapun ditahan pada 20 Jan oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah, dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

“Pendirian Sirul jelas, dia tidak mahu kembali ke Malaysia berikutan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya. Keputusan dan kepentingan dia yang ada sekarang ialah untuk mendapatkan penyelesaian dengan pihak imigresen Australia untuk menetap di sana dan tidak dihantar pulang ke negara ini.

“Isu lain tiada kepentingan padanya termasuk dakwaan akan membuat pendedahan dalam kes pembunuhan Altantuya,” kata Hasnal Rezua.

Katanya dalam kes berkenaan, Sirul Azhar hanya mahu semakan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Jangan mudah percaya dengan maklumat (berkaitan dengan kes Sirul Azhar) sebegini. Kena berhati-hati dan selidik dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: AustraliaSirul Azhar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd