KUALA LUMPUR – SIRIM Berhad (SIRIM) melantik Datuk Mohd. Nasir Ahmad, Datuk Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw dan SajiRaghavan sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2015.
SIRIM dalam satu kenyataan media memberitahu, ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman korporat yang luas merangkumi bidang kewangan dan perakaunan serta kejuruteraan.
“Pengalaman mereka dapat mengukuhkan lagi kedudukan SIRIM sebagai peneraju kualiti dan inovasi teknologi,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Mohd. Nasir, 61, merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Audit MIMOS Berhad, Bina Darulaman Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad dan SME Bank.
Beliau juga merupakan Pengerusi UKM Holdings Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Canselor UNITEN, Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Saham Malaysia, Profesor Adjung Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia.
Kian Haw, 58, pula merupakan Jurutera Profesional Berdaftar bagi Kejuruteraan Mekanikal dan juga Jurutera Profesional Bertauliah ASEAN.
Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Persekutuan dan Naib Presiden Institut Jurutera Malaysia.
SajiRaghavan, 52, pula adalah Pengarah Rolls-Royce Malaysia dan Brunei.
Beliau juga merupakan Panel Penasihal Tenaga Negara, Ahli jawatankuasa Majlis Tenaga, Lembaga Penasihat Powergen Asia dan Ahli jawatankuasa Perkongsian Dasar APEC bagi Sains, Teknologi dan Inovasi.
Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan pengurusan kanan sepanjang 22 tahun perkhidmatan dalam penjanaan kuasa global,syarikat penyelesaian griddan kereta apiAlstom dan pelbagai jawatan tempatan dan serantau termasuk Presiden bagi syarikat di Malaysia dan Filipina. – MYNEWSHUB.CC