• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

142 Mayat Ditemui, 39 Daripadanya Anggota Tentera

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sebanyak 142 mayat ditemui dalam Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa nahas pesawat malang Hercules di Medan sehingga tengah hari tadi.

Kepala Pusat Kedokteran dan Kesehatan Polis Republik Indonesia Brig Jen Dr Arthur Tampi dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan berkata, semua mayat itu ditemui di lokasi kejadian termasuk 122 mayat penumpang dan anak kapal.

Ini bermakna, 20 daripada mayat itu adalah orang awam yang berada di tempat kejadian semasa nahas berlaku pada tengah hari Selasa.

Dr Arthur berkata, daripada jumlah itu sebanyak 63 mayat telah dikenal pasti dan jenazah mereka telah dituntut keluarga masing-masing di Rumah Sakit Adam Malik di Medan.

“Proses pengecaman mayat masih diteruskan dan anggota keluarga masing-masing juga memberi kerjasama,” katanya.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) pula mengesahkan daripada 122 mangsa dalam pesawat milik TNI Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas itu, 39 daripadanya adalah anggota tentera.

Kepala Penerangan dan Perpustakaan Landasan Udara Medan, Mej Jhoni Tarigan dalam satu kenyataan media berkata berdasarkan data terkini, jumlah penumpang terdiri daripada 33 anggota tentera udara dan enam lagi adalah anggota tentera darat.

Kesemua jenazah anggota TNI itu sudah diterbangkan ke kampung halaman masing-masing atas permintaan keluarga.

Seramai 83 penumpang lagi adalah orang awam yang merupakan keluarga anggota TNI dan kesemua nama mereka disiarkan dalam kenyataan media itu.

Laporan sebelum ini menyebut jumlah mangsa dalam pesawat adalah sebanyak 122 orang iaitu 12 anak kapal dan 110 orang awam.

Pesawat itu dalam tugasan penghantaran logistik dari Pangkalan Udara Soewondo di Medan menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas dan merempuh deretan rumah kedai, spa dan pusat perubatan tradisional di Jalan Jamin Ginting, Padang Bulan, Medan, kira-kira dua minit selepas berlepas.

Sementara itu, Ketua Biro Antara Sumatera Utara, Simon Pramono yang berada di lokasi kejadian ketika dihubungi Bernama berkata, kawasan tersebut kini sedang dibersihkan dan bangkai pesawat telah dibawa keluar.

Pasukan Mencari dan Menyelamat masih meneruskan usaha mengesan mangsa dengan menggunakan anjing pengesan milik polis.

Jurucakap pasukan Mencari dan Menyelamat Lt Kol Maulana Ridwan dipetik oleh media tempatan sebagai berkata beberapa cebisan daging dan bahagian tubuh manusia masih ditemui pagi tadi dan telah diserahkan kepada pihak hospital.

Beliau berkata selepas sisa bangkai pesawat telah dibawa keluar dari tempat kejadian, tumpuan kini adalah mencari saki baki senjata api yang dibawa dalam pesawat itu.

Katanya terdapat beberapa jenis senjata api dan peluru dalam pesawat itu dan kebanyakannya telah ditemui.

“Satu kotak mengandungi 23,000 peluru tetapi sebahagian besar sudah ditemui. Cuma ada dua pistol jenis S-1 yang belum ditemui,” katanya.

Maulana berkata pihaknya telah mengumpulkan pelbagai barang milik penumpang seperti dompet, telefon bimbit dan akan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing. – BERNAMA

https://youtu.be/KXA8piY1xS0

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dakwaan Biskut Raya Diimport Dari China Tak Benar

Next Post

31 Warga Indonesia Ditahan Dalam Ops Serkap Di Kota Tinggi

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

31 Warga Indonesia Ditahan Dalam Ops Serkap Di Kota Tinggi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd