• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Bertemu Justo.. Dedah Lester Dalam Video Kedua

oleh AK-47
22/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERBAHARU, sebuah akhbar tempatan memperoleh bahagian kedua video yang mendedahkan tentang sumber artikel Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mendakwa bertanggungjawab terhadap video itu berkata, dua bahagian lagi akan dikeluarkan pada masa sesuai.

1MDB: Polis Perlu Siasat Blogger Dan Truper Pro Tun M

Menerusi video berdurasi enam minit, bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi mendakwa beliau pernah menemui warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang kini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan.

Pertemuan berlaku di London pada tahun 2012 dan 2013.

1mdbbb

Memetik laporan The Star, Lester percaya bekas eksekutif PetroSaudi itu tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya namun mendakwa Justo ada menemui pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen yang diperolehnya.

“Baki 90 peratus lagi direka rakyat Malaysia, pembangkang. Dia tidak mengusiknya. Pereka web di London memang mahir. Jika mereka diminta meminda wang, ia dapat dilakukan dan kelihatan asli,” kata Lester.

Beliau mendakwa, perekalah yang memalsukan dokumen untuk menjayakan misi meletakkan kesalahan jenayah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SKMM Sekat Portal The Sarawak Report

Lester berkata, Justo seorang lelaki yang senang didekati dan dia tidak percaya warga asing itu melakukan jenayah sebegitu, selain tidak percaya bahawa Clare akan membayar Justo untuk mendedahkan maklumat kepadanya.

Beliau mendakwa Justo dan Sarawak Report diperkenalkan oleh pengarah Tabung Bruno Manser (BMF) untuk mereka cerita yang akan menjadi sensasi.

“Dia terbang dari Switzerland ke London untuk melihat apa Clare dapat lakukan dengan berita mengenai Malaysia untuk menyerang Najib,” kata Lester.

Setakat ini, Sarawak Report belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan terkini ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBLester MelanyiXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPWM Terus Beri Kaunseling Keluarga Mangsa MH370,MH17

Next Post

Brad Pitt Cacah Tatu Dedikasi Untuk Jolie Dan Anak-Anak

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Brad Pitt Cacah Tatu Dedikasi Untuk Jolie Dan Anak-Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd