• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Low Yat: Papagomo Sah Direman 4 Hari

oleh
19/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penulis blog popular yang dikenali sebagai, Papagomo bersama-sama dengan 24 individu yang lain dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, Papagomo ditahan di kediamannya malam tadi ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat.

“Kita telah berjaya menahan Papagomo di rumahnya sendiri. Dia ketika itu masih lagi berada di dalam biliknya,” kata Khalid yang dipetik portal terkenal, AgendaDaily pada Rabu.

Papagomo didakwa memuat naik gambar seorang mangsa kemalangan berbangsa Melayu yang cedera, di media sosialnya, dengan mendakwanya sebagai mangsa pergaduhan Plaza Low Yat lewat Ahad lalu.

Polis sebelum ini meminta penulis blog tersebut untuk segera menyerah diri, namun tidak dipedulikan.

Pada Selasa, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom atau lebih terkenal dengan gelaran Ali Tinju, 43 tahun; antara yang ditahan pihak polis.

Empat lagi individu yang berjaya ditangkap adalah jurujual telefon bimbit di Plaza Low Yat. Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun itu ditahan polis pada pukul 4 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Mohd. Ali ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11.30 pagi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Zainuddin berkata, empat jurujual telefon bimbit tersebut ditahan di tingkat UG Plaza Low Yat dan kini disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.

“Mereka ialah Chong Wei Quan, 21; Tan Meng Yee, 19; Low Leong Seng, 29; dan Yong Kean Onn, 24;” jelas beliau.

Dalam kejadian pada awal pagi Isnin, satu rusuhan yang mengakibatkan orang awam dan petugas media tercedera selepas pihak tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan isu perkauman di pusat beli-belah tersebut.

Kejadian bermula apabila pengguna laman sosial mendakwa berlaku penipuan pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan sementara siasatan polis pula mendapati kes itu melibatkan kecurian gajet tersebut. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: low yatPapa GomopolisRusuhantelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd