• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit, Bursa Kukuh Susulan Laporan Positif Fitch

oleh AK-47
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

USAHA kerajaan menambah baik perjalanan ekonomi dan pengurusan fiskal berhemah mula membuahkan hasil apabila pasaran saham Malaysia dan nilai mata wang ringgit dilaporkan didagangkan stabil.

Berita baik itu sekali gus menyakinkan pelabur selepas agensi penarafan antarabangsa Fitch mengesahkan unjuran mata wang asing jangka panjang negara kepada A- serta menyemak naik prospek kepada stabil daripada negatif.

Pada pukul 10.40 pagi tadi, bursa Malaysia berjaya mencatatkan lonjakan 28.66 mata kepada 1,735.40 manakala jumlah dagangan melibatkan transaksi 809.32 juta saham dengan mencatatkan nilai RM561.46 juta.

Sementara itu, kaunter untung berjaya mengatasi kaunter rugi dengan nisbah 547 kepada 121. Sejumlah 189 kaunter dilaporkan tidak berubah.

Berita positif oleh Fitch turut mempengaruhi kadar nilai ringgit apabila dibuka kukuh pada 3.7408 berbanding setiap dolar Amerika Syarikat dalam penutupan urus niaga lewat semalam.

Fitch mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) untuk mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘A-‘ dan IDR untuk mata wang tempatan kepada ‘A’.

Prospek bagi IDR jangka panjang disemak semula kepada stabil daripada negatif.

Agensi antarabangsa itu berkata penarafan isu bon mata wang Malaysia tanpa cagaran juga mengesahkan pada ‘A’.

“Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang tempatan Malaysia pada ‘A’, bon mata wang tempatan tanpa cagaran senior pada ‘A’, siling negara pada ‘A’ dan IDR Mata wang Asing Jangka Pendek juga mengesahkan pada ‘F2’,” ujarnya

Di Bursa Malaysia, KL Kepong meningkat 62 sen kepada RM22.02, MISC 32 sen kepada RM8.04, UMW naik 28 sen kepada RM10.42. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bursaringgit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TMJ & Nazri Aziz Berbalas Kenyataan, Kali Ini “Isu Kacak”

Next Post

Stesen Minyak Lengang, Ramai Tak Tahu Petrol Naik

Related Posts

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

20/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia...

Next Post

Stesen Minyak Lengang, Ramai Tak Tahu Petrol Naik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd