• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Pertaruh Tiga Model Generasi Baru Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari ini, akan mempertaruhkan tiga model generasi baharu tahun hadapan bagi meningkatkan jualan dan prestasi kewangan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata model baharu tersebut merupakan peningkatan daripada model sedia ada iaitu Saga, Persona dan Perdana hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda.

“Dalam industri automotif, memang kita ada pinjam meminjam teknologi. Syarikat kereta gergasi (yang lain) pun bertukar-tukar teknologi. Dalam hal ini, kita cuma menggunakan platform sahaja daripada Honda dan yang lain adalah hasil usaha kita sendiri.

“Saya benar-benar berharap ketiga-tiga model yang akan memasuki pasaran secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,” katanya pada majlis berbuka puasa Proton di sini.

Beliau berkata model-model tersebut akan memiliki reka bentuk dan sistem elektronik terkini mengikut cita rasa pengguna zaman ini, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Mahathir berkata prestasi Proton agak kurang baik sekarang ini walaupun telah berusaha dengan gigih menghasilkan kereta yang berkualiti dan canggih setaraf kereta luar negara seperti model Iriz.

“Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan pengguna kurang baik.

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita dapati sambutan bagi model Preve lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Kabinet Sepakat Biar Proses Menentukannya

Next Post

Ada Dalang Di Sebalik Dakwaan Penyaluran Dana 1MDB

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Next Post

Ada Dalang Di Sebalik Dakwaan Penyaluran Dana 1MDB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd