• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Britain Pun Ucap Selamat Hari Raya Puasa

oleh
21/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang dikicaunya menerusi laman akaun Twitter milik beliau pada awal Sabtu.

Ini merupakan julung kali pemimpin United Kingdom itu menyampaikan ucapan sedemikian ketika jutaan minoriti Muslim di Britain merayakan Aidilfitri pada Jumaat serentak dengan umat Islam di seluruh dunia.

Cameron mengikut jejak dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle yang sudah sekian lama mempraktikkan amalan ucapan sedemikian sejak menduduki White House pada 2009 lalu.

Dalam akaun tersebut, dia mengicaukan turut bergembira bersama-sama umat Islam di Britain yang berbesar hati dapat merayakan Aidilfitri selepas sebulan mengharungi cabaran berpuasa pada bulan Ramadan al-Mubarak.

“Saya gembira dan aman mengucapkan Eid kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang akan datang bersama-sama untuk menandakan berakhirnya Ramadan,” kata Cameron, seperti dipetik pelbagai media tempatan.

Pejabat Perdana Menteri namun menjelaskan, memang menjadi kelaziman Cameron menyampaikan ucapan kepada semua penganut agama tertentu menerusi perutusan khas rasmi dikeluarkan sebelum hari perayaan itu.

Ramai netizen di seluruh dunia menanggap kata-kata kicauan Cameron itu sesuatu yang positif, malah salah seorang yang membalas kicau Perdana Menteri Britain ini ialah Ansar Burney, seorang aktivis dari Pakistan.

Dalam kicau balasan, beliau berharap Cameron terus mendapat kedamaian dan keberkatan dalam menjalankan pemerintahannya terutama ke atas masyarakat Islam di Britain yang setia menyokong kerajaan Konservatif.

Sementara itu, komuniti Muslim di Britain dilaporkan tidak takut merayakan lebaran tahun ini kerana kawalan dari pihak polis diperketat untuk terus menjaga kedamaian di negara tersebut. – Agensi/Mynewshub/HAA

Nota: Perutusan Aidilfitri 2015 oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron yang disiarkan stesen televisyen United Kingdom; secara kebetulan berdasarkan format perutusan sama Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Tags: AidilfitriBritainDavid Cameronumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd