• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Britain Lawat Malaysia Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri United Kingdom David Cameron akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada Khamis sempena lawatan beliau ke rantau Asia Tenggara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Rabu berkata Cameron dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai isu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kedua-dua pemimpin akan meneliti isu hubungan dua hala termasuk dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan pertahanan serta kerjasama dalam rangka kerja Komanwel dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama. Cameron juga dijadualkan menghadiri satu forum perniagaan di Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Cameron akan menjadi Perdana Menteri United Kingdom yang pertama melawat ke Malaysia berturut-turut dalam dua penggal.

Lawatan terakhir beliau ke Malaysia adalah pada April 2012.
Lawatan ini jelas mempamerkan hubungan rapat dan mesra antara Malaysia dan United Kingdom.

Cameron akan diiringi Menteri Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran, Sajid Javid; Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Lord Francis Maude; Menteri Perniagaan Kecil, Industri dan Perusahaan, Anna Soubry dan Menteri Perolehan Pertahanan, Philip Dunne dan delegasi 30 ahli perniagaan. – mStar Online

Tags: BritainDavid Cameron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd