• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Berhak Ambil Tindakan Terhadap WSJ – KJ

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, dakwaan WSJ terhadap Perdana Menteri itu tidak boleh diterima kerana ia tidak disokong dokumen dan bukti kukuh.

“Menjadi hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia tuduhan yang serius. Malahan, Najib telah berkata, ia tidak benar, begitu juga organisasi yang berkaitan dengan dakwaan itu turut memaklumkan pembabitan mereka juga tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada forum bertajuk ‘Kesepadanan Integriti Generasi Akan Datang’ di sini.

Khairy berkata, menjadi satu bebanan untuk membuktikan bahawa pihak terbabit yang membuat dakwaan itu tidak benar dan bukannya terhadap tertuduh.

“Mereka boleh katakan apa saja dan mendakwa mempunyai dokumen, tetapi selagi ia tidak berasa ia kekal sebagai tuduhan sedemikian.

“Jadi, Perdana Menteri berhak untuk mengambi tindakan undang-undang,” katanya.

Pada Jumaat, WSJ mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.63 juta) dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Setiausaha Politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah akhbar harian mengenai tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap WSJ.

Pejabat Perdana Menteri ketika memberi maklumbalas berhubung isu sama berkata ia adalah “sabotaj politik”. – mStar Online

 

Tags: Khairy JamaluddinWall Street Journal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd