• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlombongan Bauksit Di Felda Bukit Goh Dibincang

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Felda akan berbincang dengan kerajaan negeri Pahang mengenai kegiatan perlombongan bauksit di sekitar Felda Bukit Goh, Pahang.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata buat sementara waktu, Felda mengambil pendekatan menghentikan semua permohonan dan kegiatan perlombongan bauksit di kawasan itu.

“Perbincangan ini penting supaya semua pihak mendapat nikmat. Dalam perkara ini kita hendak sekiranya hasilnya dikeluarkan, peneroka mendapat nikmat dan kerajaan negeri pun mendapat nikmat. Tetapi mesti dibuat secara yang terbaik.

“Oleh sebab kerajaan negeri Pahang telah mengambil tindakan, maka kita (Felda) pun akan bekukan semua permohonan dan kegiatan perlombongan bauksit di sekitar Felda Bukit Goh,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan peneroka tertipu dalam isu berkaitan pelombongan bauksit di Felda Bukit Goh.

Katanya, Felda akan bersama kerajaan negeri Pahang untuk membantu bagi faedah semua pihak.

“Dalam apa juga perkara, sepatutnya peneroka merujuk kepada Felda sebab kitaada jabatan perundangan yang boleh melihat perjanjian dibuat supaya perjanjian itu memberi faedah kepada semua pihak….peneroka mendapat faedah, pelombong (pemaju) pun dapat faedah.

“Tetapi jika tidak dirujuk kepada kita (Felda) ini yang jadi masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jual Beli Maklumat Sulit Tindakan Amat Tak Beretika

Next Post

Dasar Wasatiyyah Disebar Luas Di Semua Kementerian

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

Next Post

Dasar Wasatiyyah Disebar Luas Di Semua Kementerian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd