• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penonton Lumba Haram Boleh Dikenakan Tindakan – Polis

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis tidak akanberkompromi dengan penunggang motosikal dan penonton yang berkumpul di sepanjang jalan untuk menyaksikan perlumbaan haram, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar.

Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menghalang kelancaran lalu lintas.

“Kita dapati kehadiran penonton di sepanjang jalan seperti memberi dorongan kepada penunggang motosikal untuk melakukan aktiviti lumba haram termasuk mempamerkan aksi berbahaya di jalan raya.

“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita selepas operasi membanteras samseng jalanan di sini, hari ini.

Seramai 29 orang ditahan dan sebanyak 15 saman dikeluarkan kepada samseng jalanan dalam operasi itu yang bermula 3 pagi hingga 7 pagi tadi.

Idris berkata daripada jumlah itu, seramai empat lelaki berusia 17 hingga 26 tahun diberkas kerana menunggang di bawah pengaruh dadah dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methapitamine.

Pihaknya turut menahan sebuah kereta Proton Wira bersama pemandu dan empat penumpang berusia 16 hingga 26 tahun yang leka menonton aksi mat rempit itu.

“Kita dapati modus operandi kumpulan ini juga berubah dari sekitar 11 malam hingga 3 pagi kepada 3 pagi hingga 6.30 pagi bagi mengelak diberkas pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya tindakan kumpulan itu yang membabitkan kira-kira 1,000 motosikal di jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas serta membahayakan pengguna lain dan polis tidak menolak kemungkinan kegiatan itu didalangi individu tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: lumba haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

21/07/2024
1

ALOR GAJAH : Seramai 23 lelaki termasuk pelajar sekolah terpaksa 'menapak' sejauh kira-kira tiga kilometer sambil menyorong motosikal selepas ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd