• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Empangan Pengkalan Nangka Bukit BN Tunai Janji

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pembinaan empangan Pengkalan Nangka yang kini giat dilaksanakan di sini, bukti Barisan Nasional (BN) menepati janji kepada rakyat Besut selepas BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 2013.

Menteri Pendidikan Kedua yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata projek bernilai kira-kira RM40 juta itu merupakan projek berfaedah besar kepada para petani di kawasan Bukit Puteri yang telah memberi sokongan tanpa berbelah bahagi dalam menentukan kejayaan BN dalam PRK tersebut.

Katanya pembinaan projek tu kini sudah mencapai 40 peratus dan dijangka siap, akhir tahun hadapan.

Idris berkata empangan sepanjang 200 meter itu juga akan memberi kemudahan sebagai penghubung kerana ia juga akan dijadikan sebagai jambatan kelima menyeberangi Sungai Besut dari Kampung Baharu ke Kampung Amer di kawasan DUN Kota Putera.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika membuat lawatan singkat ke projek pembinaan empangan berkenaan yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman di sini hari ini.

Idris menambah apabila siap nanti empangan tersebut akan dapat menyalurkan bekalan air ke hampir 800 hektar kawasan padi di beberapa buah kampung persekitaran mukim Bukit Puteri dalam DUN Kuala Besut.

Katanya sebelum ini terdapat kira-kira 300 pesawah yang tidak dapat mengusahakan tanaman padi di sawah mereka kerana kekurangan bekalan air di situ.

Terdahulu, Idris turut menziarahi 10 penduduk miskin termasuk mereka yang uzur di beberapa buah kampung dalam DUN Kuala Besut bagi menyampaikan sumbangan zakat dan barangan keperluan hari raya.

Beliau turut diiringi isteri Datin Seri Che Kamariah Zakaria dan anggota Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri Bahagian Besut. – BERNAMA

Pemandangan Sawah Padi Dari Udara Di Besut, Terengganu

Tags: empanganIdris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd