• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Bagi Kaum Lelaki Membina Kerjaya Juruterapi SPA

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Muhamad Sirajudin tidak pernah membayangkan akan terjun ke bidang spa yang cukup asing bagi kaum lelaki.

Muhamad, dalam lingkungan usia 20-an, yang menjalani latihan latihan di Pusat Kecemerlangan Energy Academy berkata semuanya berlaku secara kebetulan.

Masa itu memang mencari-cari peluang yang sesuai…bila nampak iklan tentang program latihan ini, terus mencuba dan Alhamdulillah dapat,” katanya yang telah didedahkan dengan teknik urutan badan dan skop pengurusan spa sepanjang latihan itu.

Beliau kini bekerja di sebuah spa terkemuka di Langkawi yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk “Best Luxury Spa”, dan kini memperolehi gaji sekitar RM1500 sebulan tidak termasuk kemudahan lain yang disediakan.

Kejayaan Muhamad dalam kerjaya juruterapi spa yang dimonopoli wanita jelas menunjukkan peluang luas yang menunggu kaum lelaki dalam industri ini.

Selain itu, menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki bukan sahaja dilakukan wanita sebaliknya turut disukai kaum lelaki dengan mengunjungi pusat rawatan spa.

Kebiasaannya kaum lelaki selesa memilih juruterapi lelaki begitu juga pelanggan wanita yang selesa dengan perkhidmatan juruterapi wanita.

KEKURANGAN JURUTERAPI

Bagaimanapun kerjaya yang cukup sinonim dengan wanita dan dianggap tidak ‘macho” menyebabkan tidak ramai lelaki berminat untuk menyertainya.

Persepsi itu bagaimanapun mula berubah sedikit demi sedikit setelah melihat prospek kerjaya yang tersedia dalam industri ini.

Selain berpeluang bekerja di spa yang mendapat penarafan tiga hingga lima bintang seperti di hotel-hotel terkemuka yang menyediakan pusat spa, mereka juga berpeluang meningkatkan kerjaya bermula sebagai juruterapi junior sehingga boleh mencapai ke peringkat tertinggi sebagai pengarah di pusat spa.

Sungguhpun sudah ada keterbukaan untuk menjadikan bidang juruterapi spa sebagai satu kerjaya profesional namun jumlahnya masih tidak mencukupi.

Hanya 1,300 jawatan juruterapi spa yang diisi daripada 2000 jumlah kekosongan yang ada. Daripada jumlah itu, hanya 40 peratus sahaja rakyat tempatan manakala selebihnya masih dimonopoli warga asing terutama daripada Indonesia dan Thailand.

Daripada 520 orang juruterapi tempatan itu hanya 50 orang sahaja juruterapi lelaki terlatih yang ditempatkan di spa-spa bertaraf tiga hingga lima bintang, menurut Tan Hong Seng, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

PELUANG KERJAYA

Permintaan tinggi terutama pelancong bagi mendapatkan rawatan badan dan muka menyebabkan ramai individu berminat mengusahakan pusat kecantikan yang kini muncul seperti cendawan selepas hujan.

Kekurangan tenaga kerja yang menjadi halangan utama dalam kalangan pengusaha spa menyebabkan mereka terpaksa mengambil warga asing bagi memenuhi keperluan.

Bagaimanapun keadaan itu akan berubah apabila kerajaan menamatkan pengambilan juruterapi spa asing bermula 31 Dis 2016 nanti.

Pastinya ia akan memberi satu dimensi baharu kerjaya juruterapi spa di negara ini, terutama peluang kerjaya yang lebih cerah kepada belia tempatan.

Menurut Tan, sekurang-kuranngnya 1,500 juruterapi diperlukan bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh juruterapi asing menjelang 2020 nanti.

“Ini termasuk juruterapi lelaki yang jumlahnya kini terlalu rendah,” menurut beliau ketika ditemui baru-baru ini.

PENGAMBILAN PELATIH BAHARU

Program Latihan Terapi Spa yang yang dipantau Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Pusat Kecemerlangan, mensasarkan pengambilan pelatih seramai 350 orang pada tahun ini.

Jumlah itu sentiasa dipertingkatkan setiap tahun sejak dimulakan tiga tahun lepas bagi mencapai sasaran 5,644 juruterapi spa terlatih menjelang 2020.

Pada tahun 2012 seramai 152 pelatih telah dilahirkan, diikuti 150 pelatih pada tahun 2013 dan 250 pelatih tahun lepas melalui enam pusat latihan yang dilantik.

Antara pusat latihan itu, Energy Academy di Selangor, Stella-In Academy di Pulau Pinang dan Petaling Jaya di Selangor, Jari-Jari Academy di Kota Kinabalu, Sabah, Beaubella Academy di Petaling Jaya Selangor, YTL Academy serta Institut Karisma di Kuala Lumpur.

Latihan selama 12 bulan diberikan merangkumi tiga bulan teori dan sembilan bulan latihan amali yang akan melayakkan mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.

Penekanan subjek pengurusan spa antara yang difokuskan bagi melahirkan pelatih yang benar-benar berkemahiran, katanya.

“Kita telah membuat beberapa siri jelajah bagi mempromosi program ini dengan dimulakan di Pulau Pinang pada April lepas dan di Kota Kinabalu pada Mei ini,” katanya pengambilan pelajar dibuat enam kali setahun di dua tempat ini.

Permohonan terbuka kepada mereka yang berminat berumur antara 18 dan 40 tahun dengan diberikan biasiswa penuh kerajaan yang merangkumi yuran pembelajaran, pemeriksaan kesihatan, makan minum, penginapan dan pengangkutan.

Kementerian juga, katanya, turut menyediakan biasiswa separa dengan sebahagian yuran dibayar oleh majikan.

BERKONGSI KEJAYAAN

Sementara itu, Maizatul, 20-an bekas pelatih Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy sedang membina kerjayanya sebagai juruterapi profesional di spa bertaraf lima bintang.

Beliau mula membina keyakinan diri sepanjang setahun dengan mengikuti latihan itu.

“Sebelum ini saya rasa tidak mempunyai masa depan yang cerah…tetapi dengan ilmu dan tunjuk ajar yang diperolehi daripada tenaga pengajar yang profesional, saya telah mengubah diri pada hari ini,” katanya.

Bidang kecantikan dan terapi spa yang berkembang pesat memerlukan juruterapi sentiasa belajar kemahiran serta pengetahuan baharu bagi meningkatkan kemahiran diri.

“Saya akan sentiasa mempersiapkan diri untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang ini dan mungkin satu hari nanti saya juga akan memiliki spa saya sendiri,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menjadikan juruterapi sebagai kerjaya boleh memohon dan mengisi borang di laman web www.motour.gov.my atau boleh menghubungi Bahagian Pembanguann Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di talian 03-8891 7491/7485. – BERNAMA

Tags: lelakiSPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MARA Beli 3 Bangunan Di Australia RM66.2j Lebih Harga Pasaran

Next Post

Gambar Gagak Tumpang Helang Di Udara Jadi Viral

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Gambar Gagak Tumpang Helang Di Udara Jadi Viral

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd