• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Pemasaran Didakwa Rogol Kenalan Di Laman Sosial

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis yang dikenalinya melalui laman sosial, Btalk.

Mohamad Najib Fahmi Md Noor, 22, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap gadis yang bekerja sebagai seorang promoter, di sebuah rumah di Pandan Indah di sini, pada 7.45 malam, 4 Julai lepas.

Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan syarat, tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya setiap bulan sehingga kes selesai dan dia dilarang mengganggu mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Fadyzil Ikram Norzailan Shah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=qeftywF9yEQ

Tags: kes rogolmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saman Najib Terhadap Harakah Berhubung 1MDB Didengar 23 Julai

Next Post

Video: Rusuhan Di Low Yat, Sebuah Kereta Hancur Remuk

Related Posts

Long Tiger Rogol Isteri Orang Dijel 12 Tahun, 5 Sebatan

Long Tiger Rogol Isteri Orang Dijel 12 Tahun, 5 Sebatan

30/05/2025
0

MUAR: "Kalau ambil gambar aku baling selipar," demikian ugutan lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai 'Long Tiger' selepas dijatuhi hukuman...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Next Post

Video: Rusuhan Di Low Yat, Sebuah Kereta Hancur Remuk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd