• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Pecat Khalid Samad, Mat Taib Sertai GARU?

oleh
16/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mungkin boleh dikatakan individu paling malang dalam episod kali ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib atau dulunya lebih glamor disebut sebagai Mat Taib ‘Mike Tyson‘.

Mantan pemimpin UMNO Selangor itu dikatakan tidak sampai dua tahun menyertai Pas, namun kini sudah dipecat gara-gara aktif dengan kumpulan pemisah Pas yang dikenali Gerakan Harapan Baharu (GARU).

Menurut portal politik AgendaDaily, keputusan itu dibuat Pas Selangor pada Isnin apabila mengumumkan penamatan keahlian beberapa anggota parti itu kerana didapati terlibat secara terang dengan GARU.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran GARU oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Turut hadir menyokong penubuhan GARU yang digerakkan oleh kumpulan progresif Pas atau G18 pada Isnin itu ialah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad selain Muhammad Muhd Taib.

Baca: Pas Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu

Juga: ‘Mat Sabu & The Gang’ Tubuh Gerakan Harapan Baru

Majlis pengumuman GARU itu juga dihadiri oleh calon tunggal yang tewas kepada Presiden Pas, Ahmad Awang; bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Selain itu anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan Datuk Dr. Yusuf Rawa iaitu masing-masing Faiz Fadzil dan Mujahid Yusuf turut dilihat hadir untuk memberi sokongan mereka.

Mengulas lanjut, Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman dilaporkan berkata, tindakan pemecatan keanggotaan mereka adalah dilaksanakan mengikut Fasal 13(1)(c) di bawah Perlembagaan Pas.

“Pas Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada ahli jawatankuasa mereka adalah bekas anggota kita di negeri Selangor sendiri.

“Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekali gus turut menamatkan keanggotaan mereka dalam Pas,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan itu dan dipetik oleh AgendaDaily.

Sehubungan itu, Mohd. Khairuddin berkata, kesemua jawatan yang dipegang bekas anggota berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah biasa perlembagaan parti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad AwangMat SabuMat TaibPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd