• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Selamat Sasar Kurangkan Kes Kemalangan Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ops Selamat 7/2015 peringkat negeri Sarawak yang dilancarkan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman hari ini mensasarkan penurunan kes kemalangan sepanjang tempoh operasi 15 hari itu.

Muhammad berkata kenaikan kes kemalangan termasuk pertambahan bilangan pengguna jalan raya yang maut sepanjang tempoh operasi tahun 2013 dan 2014 amat membimbangkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan agar mereka selamat sampai ke destinasi, terutama bagi yang pulang untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, sepanjang tempoh operasi 15 hari pada tahun 2013 mencatatkan keseluruhan 702 kes dan naik kepada 717 dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu kenaikan sebanyak 15 kes atau 2.13 peratus.

Daripada jumlah itu, katanya, 22 orang maut pada 2014 membabitkan 21 kemalangan berbanding 19 orang dalam 15 kes pada tahun 2013, iaitu pertambahan enam mangsa atau kenaikan 40 peratus.

Muhammad berkata kemalangan parah pada tahun 2013 ialah lima kes dan naik kepada enam kes pada tahun lepas, manakala kemalangan ringan, masing-masing mencatat lima kes pada tahun 2013 dan 2014.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhammad menasihatkan mereka yang hendak balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri supaya merancang perjalanan mereka dan bergerak di siang hari.

Katanya, risiko kemalangan lebih tinggi jika memandu pada waktu malam, terutama selepas tengah malam.

Selain itu, katanya, keadaan jalan raya yang kurang baik di negeri ini tidak mengizinkan pemanduan melebihi kelajuan 100 km sejam. – BERNAMA

Tags: Ops Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Selamat: 1,446 Saman Dikeluarkan Di Perak

02/02/2022
0

IPOH – Sebanyak 1,446 saman trafik dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negeri menerusi Ops Selamat 17/2022 sempena perayaan...

Ops Selamat: Kemalangan Maut Menurun Di Sabah

03/07/2017
0

KOTA KINABALU - Kadar kemalangan maut di Sabah sepanjang Op Selamat Aidilfitri tahun ini menurun 55 peratus berbanding tempoh sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd