• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kunjungi Bazar Ramadan Kampung Raja Besut

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Raja di sini.

Beliau yang tiba kira-kira 5.25 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau bazar tersebut yang menempatkan 200 lot niaga.

Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Anggota Parlimen Besut dan barisan Exco kerajaan negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada kesempatan itu, Najib turut beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar berkenaan serta turut membeli beberapa juadah seperti air tebu, daging bakar cocok, solok lada dan kari ayam kampung.

Peniaga gerai tempat Najib membeli beberapa juadah, Zulkarnain Hassan, 32, berkata dia tidak menjangka dan teruja apabila gerainya dikunjungi pemimpin nombor satu negara itu.

“Memang terkejut tiba-tiba rombongan perdana menteri datang gerai ini dan dia bayar sendiri. Saya dah kata tak payahlah bayar datuk seri tapi dia bertegas juga nak bayar,” katanya yang berasal dari Kampung Raja di sini.

Najib kemudiannya bertolak ke Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Bukit Kluang di sini untuk menghadiri pelancaran Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab serta menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada pelbagai pihak.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 1,200 kanak-kanak miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera serta menyampaikan seunit komputer dan pencetak kepada setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Besut.

Kemudiannya beliau berbuka puasa bersama rakyat Besut dan menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau sekolah itu.

Selepas itu, Najib akan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh di sini bersama-sama warga Besut sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Tags: bazarNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd