• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murah Berlambak, Tong Sampah Singapura Penuh Durian

oleh
22/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Meskipun di Singapura tiada pokok durian kerana kesemua buahnya terpaksa diimport dari luar negara, republik pulau itu tidak ketinggalan dilanda demam musim durian sejak awal bulan ini.

Tinjauan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia mendapati, tahun ini ramai peniaga durian di Singapura tersenyum lebar kerana bisnes mereka amat rancak akibat faktor harga lebih murah.

Ini disebabkan lambakan terlalu banyak buah durian yang diimport masuk dari negara jiran mereka, Malaysia di utara dan pulau Batam, Indonesia di selatan selain ada datang sejauh dari Thailand.

Bagaimanapun, timbul pula satu masalah baharu yang tidak dijangka, ramai penjual ‘raja buah’ itu juga terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membuang kulit-kulit durian dalam tong sampah.

Setiap hari, kulit-kulit durian misalnya dari sebuah gerai popular di Geylang habis penuh mengisi empat tong sampah besar dan setiap satu tong sampahnya boleh menampung kira-kira 120 kilogram kulit durian.

Memandangkan gerai ternama dikenali sebagai Fruit Stop 1 itu harus menambah tong-tong sampah, pemiliknya, Teoh See Yong, perlu S$1,300 (RM3,635) sebulan untuk tujuan pembuangan sampah durian sahaja.

Jumlah tersebut adalah tiga kali ganda lebih daripada yang selalu dibayarnya kepada syarikat pemprosesan sampah tempatan Sembwaste milik firma utiliti Sembcorp untuk dilupuskan di loji Lim Chu Kang.

Jurucakap Sembawaste dalam pada itu pula menyatakan, semasa kemuncak musim durian antara Mei hingga Julai, jumlah sampah berkaitan durian dari gerai-gerai dan rumah lazimnya bertambah 30 peratus.

Begitulah kisah penangan durian di Singapura yang cukup laris malah khabarnya, disebabkan lambakan durian, harganya jatuh kepada sekilogram S$10 (RM28) sehingga S$16 (RM45). – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: DURIANhargamurahSampahSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd