• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Wanita Cerita Pengalaman Lihat Mayat Jatuh Ke Lantai

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

UKRAINE – “Saya masih ingat, tangannya cantik dan kukunya pula diwarnakan merah jambu. Saya tidak akan lupakannya,’’ itu pengalaman yang menghantui Ina Tipunova selepas mayat salah seorang penumpang pesawat MH17 terjatuh ke dalam rumahnya, menembusi siling pada 17 Julai tahun lepas.

Ketika menceritakan perkara itu, Ina berkata pada hari kejadian dia sedang bersembang dengan kawannya di kampung yang sunyi, Rozsypne, apabila pesawat itu meletup.

Letupan itu mengejutkan penduduk di situ dan mereka dapat melihat api dan asap di udara serta serpihan bangkai pesawat jatuh dari udara.

“Ia nampak seperti terjatuh berselerakan dari langit. Mayat juga jatuh bergelimpangan. Ada yang jatuh di atas jalan, di padang dan taman tetapi satu mayat terjatuh di atas bumbung rumah Ina.

Dia kemudiannya balik ke rumah dan mendapati mayat seorang wanita muda dalam keadaan bogel, bengkok serta tiada darah di atas lantai dapurnya.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dan kenapa mayat wanita itu terjatuh di atas bumbung rumah saya, tetapi ia adalah takdir,’’ katanya.

Ina telah diberikan bahan kimia untuk membersihkan lantai dan rumahnya.

Imej wanita berkenaan kini sering bermain dalam fikirannya.

“Saya ingin bertemu dengan saudara-maranya untuk melihat gambar wanita itu, hanya ingin mengetahui sesuatu mengenainya. Tetapi saya tidak tahu apa-apa langsung, hanya dia adalah wanita Asia.

“Mungkin keluarganya ingin bertemu dengan saya juga, untuk bercakap dengan saya dan melihat tempat di mana dia meninggal dunia. Bagi mereka, ia mungkin membantu menamatkan kisah sedih itu,’’ katanya.

Jumaat depan, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, ia juga menandakan setahun peristiwa tragis yang menimpa pesawat MH17 apabila ia ditembak jatuh di Timur Ukraine.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MH17Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd