• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kabinet & Netizen Ucap Selamat Harijadi Ke-62 Buat Najib

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri Kabinet dan anggota Parlimen serta pengguna internet atau lebih dikenali “netizen” hari ini mengambil peluang mengucapkan Selamat Harijadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun twitter mereka.

Najib, yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-62 tahun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam akaun Twitternya @shaberyc pada 7.20 pagi ini mengucapkan “Selamat Hari Lahir Datuk Seri Najib! Semoga sabar dan ikhlas jadi kekuatan dalam laksana tugas dan tanggungjawab.”

Beberapa pengguna internet turut ‘retweet” ucapan Shabery itu antaranya Samaras, Nurfarah Hanim M, husnulhilmi, Najwa Azman, Wife Channing Tatum, Farahanie dan Aimanamat.

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mencatatkan ” Happy Birthday PM. May Allah bless you with strength and great wisdom to lead the nation.”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula meletakkan gambar Najib berserta ucapan ‘Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Datuk Seri Najib Razak’.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan “Happy Birthday PM ‘@FriendsofBN1:’Tiada sesiapa boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Msia yg telah lama terjalin.”

Bagi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching pula beliau mencatat “Happy birthday YAB DS @NajibRazak. Wish you many more happy returns of the day.”

Anggota Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri turut memaparkan gambar Najib berserta ucapan;”Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Sri Najib 23 Julai. Semoga Panjang umur dan diberkati Allah SWT.”

Sementara itu Pejabat Akhbar PM memuat naik gambar di dalam Twitternya, suasana warga kerja pejabat Perdana Menteri meraikan sambutan harijadi itu bersama-sama Najib di pejabatnya di Putrajaya bersama-sama dua buah kek.

Najib, merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. – BERNAMA

Tags: MenteriNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orang Putih Keluar Pakai Kain Pelikat Dipuji ‘So Cool’.. Tapi Kita?

Next Post

Budak Jatuh Tingkat 16, Sempat Berpaut Pada Piring Astro

Related Posts

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

29/11/2024
0

Putrajaya : Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

18/10/2024
0

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik...

Next Post

Budak Jatuh Tingkat 16, Sempat Berpaut Pada Piring Astro

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd