• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Nafi Bakal Adakan Rumah Terbuka Di Plaza Low Yat

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, satu khabar angin bertiup kencang mengatakan satu majlis rumah terbuka bakal diadakan di Plaza Low Yat atas inisiatif parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA bagi memulihkan hubungan antara peniaga Cina dan pengguna Melayu yang terjejas terus setelah satu siri pergaduhan berlaku di situ, minggu lalu.

Menerusi ruang media sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi Whatsapp, ramai pihak menggesa rumah terbuka tersebut diboikot, malah pihak BN dan UMNO Wilayah Persekutuan kerap dihubungi orang awam bertanyakan kesahihan berita berkenaan.

Hari ini, cerita tersebut terbukti hanya khabar angin apabila Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yeow Teong Look menafikan bahawa pihaknya akan mengadakan majlis itu.

Plaza Low Yat Sepi, Lengang Dari Kunjungan Orang Ramai

yew_2709_600_420_100

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Kamaruddin Hassan, Teong Look mengesahkan sendiri kepadanya bahawa berita viral itu tidak benar.

Memetik kenyataannya dalam laporan Malaysian Gazette, “Saya baru menerima panggilan dari YTL (Yew Teong Look) sebentar tadi. Beliau maklumkan bahawa tiada majlis sambutan hari raya anjuran MCA Wilayah Persekutuan akan dibuat sepertimana yang disebarkan.”

Ujarnya lagi, isu tersebut timbul setelah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang membuat lawatan ke Low Yat pada hari raya kedua telah mencadangkan perkara itu, namun MCA Wilayah Persekutuan tidak membuat tindakan selanjutnya untuk merealisasikan rumah terbuka itu.

Selain Kamaruddin, Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee turut menafikan pihaknya terbabit dengan penganjuran majlis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Ketegangan Di Luar Plaza Low Yat Pada 12 Julai Lalu

Tags: BNLiow Tiong Lailow yatMCAPlaza Low Yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd