• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Dapat Lebih Banyak Wakil Dalam Kabinet, MIC Berkurangan

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet hari ini memberikan tambahan jawatan menteri kepada MCA dan berkurangan satu jawatan bagi MIC.

MCA juga mendapat satu lagi jawatan timbalan menteri.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua manakala Ketua Pemuda Chong Sin Woon dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.

Sebelum pelantikan ini, Ong yang merupakan anggota Parlimen Tanjung Malim pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari Mac 2008 hingga April 2009 semasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel digugurkan, menjadikan Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam satu-satunya wakil MIC dalam barisan Kabinet yang baharu.

Dengan perkembangan terbaru ini, pentadbiran Najib kini mempunyai tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri daripada MCA.

Mereka ialah presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) dan timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), dan Ong.

Dua lagi timbalan menteri daripada MCA, selain Chong ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong.

Sementara itu, Liow mengucapkan terima kasih atas pelantikan seorang lagi menteri penuh dan seorang timbalan menteri dalam kalangan kepimpinan MCA.

“Daripada persepsi MCA, pelantikan itu telah memenuhi kriteria dan kehendak masyarakat Cina di negara ini kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pendidikan mempunyai hubung kait dengan mereka.

“Dengan pelantikan ini juga, MCA akan terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memastikan pembangunan dan transformasi kerajaan dicapai,” katanya dalam entri bahasa Mandarin menerusi laman sosial Facebooknya Selasa. – BERNAMA

Tags: MCAMIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dilantik Timb. Menteri, Nur Jazlan Lepas Jawatan Pengerusi PAC

Next Post

Jutawan, Hero Winter Sonata Kahwini Personaliti TV Korea

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Next Post

Jutawan, Hero Winter Sonata Kahwini Personaliti TV Korea

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd