• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Berhampiran Pulau Rimau

oleh Ahmad Albab
18/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap dijumpai terapung berhampiran Pulau Rimau dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata anggota polis Batu Maung menerima panggilan dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang melaporkan penemuan mayat tersebut pada kira-kira 8 malam.

Menurutnya, mayat yang dikenali sebagai Lim Goot Kian, 51, berasal dari Permatang Pauh itu dilaporkan hilang sejak selasa lepas.

“Mayat mangsa dinaikkan melalui Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban dan pengecaman mayat telah dibuat oleh adiknya, Lim Goot Wei,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang Selasa lepas dan meninggalkan motosikal serta dompet di tepi jambatan.

Lai berkata siasatan awal polis mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah berkaitan kematian mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: Mayatmayat terapung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd