• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Omar Pilih Setia Bersama Pimpinan Ulama PAS?

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kemelut antara pimpinan ulama dan kumpulan progresif dalam PAS yang ingin membentuk parti baru, salah seorang pemimpin yang dilihat cenderung bersama puak yang ‘memberontak’ iaitu Datuk Mahfuz Omar, berkemungkinan akan terus bersama kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun tidak menyatakannya secara jelas, namun Mahfuz yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan Jun lalu, dilihat akan terus bersama PAS berdasarkan kenyataannya untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua PAS Pokok Sena dan memberi fokus kepada kawasan tersebut.

Gerakan Harapan Baru: PAS Akan Lawan ‘Mat Sabu & The Gang’

PasMa G18

Memetik kenyataannya dari Free Malaysia Today, “Soal penubuhan prti baru oleh GHB saya tidak tahu. Saya masih Yang Dipertua PAS kawasan Pokok Sena dan itu jawapan saya.”

Selain Mat Sabu, Ahmad Awang, Salahuddin Ayub dan Khalid Samad, Mahfuz turut dilihat sebagai calon yang bakal meninggalkan PAS ekoran tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan rakan Pakatan, DAP.

Mereka dikategorikan sebagai kumpulan pro-pakatan manakala pemimpin ulama seperti Abdul Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nik Abduh adalah kumpulan yang menentang DAP kerana menolak hukum Hudud.

Sekiranya perkhabaran terbaru itu benar-benar terjadi, maka apa sebenarnya yang berlaku antara Mahfuz dengan ‘Mat Sabu and The Gang?’

Adakah Mahfuz baru sedar akan perjalanan Gerakan Harapan Baru yang takkan ke mana ataupun ada percaturan tertentu? Sama-sama kita tunggu… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Jangan Hopokrit, PAS Perlu Undur Dari Selangor & Pulau Pinang – Mahfuz Omar

Tags: Gerakan Harapan BaruHadi AwangMahfuz OmarMat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Justo: Siasatan Menjurus Cubaan Jatuhkan Kerajaan

Next Post

Lagi Tren LRT Terbakar.. Kali Ini Dekat Stesen Universiti

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Lagi Tren LRT Terbakar.. Kali Ini Dekat Stesen Universiti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd