AHLI kumpulan popular One Direction, Louis Tomlinson dikhabarkan bakal menjadi bapa tidak lama lagi.
Penyanyi berusia 23 tahun itu bakal mendapat anak bersama seorang penata gaya di Los Angeles, Briana Jungwirth.
“Louis sangat gembira dan teruja untuk menjadi bapa dan dia dapat rasakan Briana akan menjadi ibu yang baik.
“Ianya satu kejutan yang merapatkan lagi hubungan mereka,” komen teman rapat mereka.
Mereka berdua bertemu awal tahun ini selepas Louis berpisah dengan bekas teman wanitanya, Eleanor Calder pada Mac lalu.
Walaupun tiada ada apa-apa hubungan istimewa tetapi mereka berdua dikatakan sangat mengambil berat antara satu sama lain.
Bayi Louis dan Briana dijangka akan dilahirkan pada tahun hadapan.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC