• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih RM2.1j Imbuhan Untuk Petani, Penternak Terlibat Banjir Di T’ganu

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM2,173,609.23 bagi bantuan wang ihsan Tabung Bantuan Bencana Banjir Agromakanan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengurus Besar LPP Negeri Terengganu Abd Mubin Abdul Razak berkata, imbuhan itu akan disalurkan kepada 1,593 petani, penternak termasuk penternak ikan dalam sangkar yang terlibat dalam kejadian banjir pada akhir tahun lepas.

“Pengagihan imbuhan itu dibuat segera kepada mangsa yang terlibat mulai hari ini sehingga 15 Julai. Bayaran akan diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di setiap daerah yang terlibat di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Abd Mubin berkata sehubungan itu, PPK akan bekerjasama dengan pegawai dari Jabatan Pertanian, Perkhidmatan Veterinar dan Perikanan bagi menguruskan penyampaian imbuhan itu.

Pada banjir akhir tahun lepas, banyak kawasan pertanian dan ternakan di negeri ini musnah mengakibatkan kerugian dengan jumlah yang besar.

“Bantuan itu bukan ganti rugi, tetapi sebagai imbuhan kepada petani dan penternak yang terlibat dengan bencana alam itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: PetaniTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd