• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Sarawak Report Berniat Jahat – TPM

oleh Ahmad Albab
02/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan terbaru portal Sarawak Report yang mendakwa kononnya wujud draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berniat jahat dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap perdana menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat portal berkenaan dan telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan susulan.

“Saya secara rasmi ingin menafikan yang kononnya ada dokumen atau surat arahan bagi penangkapan dan pendakwaan yang dilakukan Jabatan Peguam Negara kepada perdana menteri. Dan laporan yang dikemukakan oleh Sarawak Report adalah laporan jahat untuk menunjukkan persepsi negatif terhadap perdana menteri.

“Peguam Negara dah nafikan … termasuk penafian dibuat oleh beberapa orang pegawai yang sahkan tiada dokumen yang dikeluarkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah di Bukit Aman, di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas tindakan yang akan diambil terhadap portal Sarawak Report berhubung penerbitan artikel berkaitan dakwaan wujud draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri dan telah dinafikan kewujudannya oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam pada itu, ditanya sama ada perlunya tindakan undang-undang atau politik diambil terhadap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung rakaman video di kediamannya baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata apa yang penting ialah pendirian bekas timbalan perdana menteri itu untuk terus bersama dengan parti dan kerajaan.

Beliau menegaskan Muhyiddin telah banyak menyumbang kepada kerajaan dan parti selaku Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan juga Timbalan Presiden UMNO, serta meminta semua pihak menghormati situasi yang sedang dihadapinya pada ketika ini.

“Saya sendiri bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin … rakaman itu tidak merupakan saluran rasmi untuk beliau nyatakan sebagaimana yang terdapat dalam rakaman berkenaan. Ia jadi viral kerana seolah-olah ada pandangan antagonistik yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin.

“Sebenarnya pendirian beliau jelas sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau akan tetap sokong tindakan oleh parti. Beliau juga menyatakan jika ada pihak yang mahu membawa undi tidak percaya (terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat), beliau juga akan menyokong supaya undi tidak percaya itu tidak dijalankan.

“Ertinya pendirian beliau amat jelas, beliau hendak terus bersama dengan kepimpinan parti dan kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa barisan jemaah Menteri yang baharu masih tidak mendapat kepercayaan orang ramai, Ahmad Zahid berkata semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Najib.

“Mustahil kalau dapat 100 peratus puaskan hati semua. Tapi, oleh kerana kuasa mutlak di tangan perdana menteri, tentu beliau mempunyai beberapa pandangan sebelum pengumuman pelantikan dibuat,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, Perdana Menteri juga tentunya telah mendapatkan maklumat jelas tentang latar belakang dan rekod setiap individu yang dilantik untuk bersama-sama beliau mentadbir negara.

Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin. Empat menteri lain turut digugurkan dan tujuh menteri baharu dilantik. – BERNAMA

Tags: Sarawak Report
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ditinggalkan Suami Kerana Melahirkan Anak Perempuan

Next Post

7 Bandar Selamat Dikunjungi Pelancong Wanita Solo

Related Posts

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Editor Sarawak Report

23/09/2021
0

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri...

Sarawak Report Perlu Kemuka Bukti Dakwaan Jahatnya

16/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Sarawak Report perlu mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital di Singapura serta doktor yang kononnya merawat...

Next Post

7 Bandar Selamat Dikunjungi Pelancong Wanita Solo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd