• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Babi Bersongkok, Bersampin Ucap Selamat Hari Raya?

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA, sensitiviti agama makin dipandang ringan pada hari ini oleh segelintir pihak yang sengaja mahu ambil kesempatan untuk menyemarakkan api ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kalau beberapa tahun lalu Alvin Tan dan bekas kekasihnya menimbulkan isu hangat kerana memuat naik gambar menjemput masyarakat Islam menjamah Bak Ku Teh untuk berbuka puasa, kali ini tindakan lebih biadab lagi telah dilakukan.

Biar Betul, Hendak Minta Kerja Di Singapura Mesti Makan Babi?

Sejak semalam, laman-laman sosial mulai kecoh apabila tersebar video memaparkan imej haiwan mirip babi ‘dipakaikan’ songkok dan samping.

Bukan itu sahaja, di bawah imej haiwan tersebut tertulis kapsyen “Selamat Hari Raya”!

Lebih kurang ajar, imej berkenaan dipaparkan secara terbuka di lebih 20 billboard yang terletak di sekitar kawasan Bukit Bintang buat tontonan orang ramai! Tak percaya? Jom amati video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=7UC02qEgscs

Kalau dilihat sekali imbas, video tersebut tidak menampakkan dengan jelas imej babi kerana direkodkan pada jarak yang agak jauh. Namun apa yang pasti, ia memang memperlihatkan bentuk seekor haiwan memakai songkok dan sampin sambil tertera kapsyen ucapan hari raya.

Lantas itu, banyak pihak mendesak syarikat yang mengiklankan ucapan berkenaan, Servcorp memberi keterangan terbuka tentang rasionalnya haiwan tersebut digunakan sebagai ‘maskot’ yang memakai songkok dan sampin. Dah tak ada imej lain ke nak guna hingga perlu guna haiwan?

Susulan itu juga, anggota polis bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah turun ke lokasi kejadian dan memeriksa sendiri papan iklan elektronik berkenaan jam 9.30 pagi tadi (Ahad).

Hasil seliaan di 28 billboard bermula di Jalan Raja Chulan sehingga mengelilingi pusat membeli-belah Pavilion, pihak polis akhirnya mengesahkan imej berkenaan merupakan seekor beruang yang juga maskot bagi syarikat Servcorp yang berpengkalan di Australia.

0

Menurut informasi, syarikat OOHM International Holdings Sdn Bhd telah diberikan tender iklan billboard tersebut dan dikatakan telah mendapat kelulusan DBKL untuk dipasang.

Dalam perkembangan terkini, Mynewshub difahamkan pihak DBKL telah pun mengarahkan syarikat berkenaan untuk menarik kembali iklan tersebut kerana dibuat tanpa kebenaran.

Walaupun ia disahkan bukanlah babi, namun siasatan harus tetap dijalankan tentang kelulusan tayangan iklan tersebut yang boleh mengelirukan umat Islam. Senang cakap, kenapa nak guna imej haiwan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Tags: babiHari Rayahina islamisu sensitifsensitiviti agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd