• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Jalankan Pendiddikan Awam Terhadap Dasar Pengasingan Sisa Pepejal

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang giat menjalankan pendidikan awam sebagai persediaan pelaksanaan dasar mewajibkan pengasingan sisa pepejal yang dijadual bermula 1 Sept depan.

Menteri berkenaan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata KPKT berusaha mendidik orang ramai mengenai cara mengasingkan barangan yang boleh dikitar semula supaya dapat mengurangkan kos pengendalian sisa pepejal.

“Daripada berdepan ribuan tan sisa pepejal yang terpaksa kita asingkan secara manual, lebih baik gunakan pendekatan pengasingan punca.

“Jadi, kita boleh fokus memberikan perkhidmatan yang lebih cekap ketika mengutip sampah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program singgah sahur bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata orang ramai yang gagal mematuhi peraturan mengasingkan sisa pepejal selepas pelaksanaan dasar itu, akan dikenakan notis dan juga kompaun yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata JPBM sudah bersedia menghadapi musim panas dan kering yang panjang terutama menjelang sambutan perayaan Aidilfitri akan datang.

“Kami telah mendapat peralatan tambahan berjumlah RM46.6 juta untuk menghadapi musim kemarau termasuk 240 unit peralatan kebakaran hutan, 50 unit pam mudah alih, 100 unit empangan air mudah alih, 50 unit lori lima tan, 50 unit lori tiga tan serta 100 unit trak pikap baharu,” katanya.

Beliau berkata JPBM akan sentiasa memantau tempat yang berpotensi menjadi kawasan panas atau ‘hotspot’ terutama di lokasi yang kerap berlaku kebakaran tanah gambut. – BERNAMA

Tags: KPKTRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd