• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL ‘Ditawan’ Warga Asing Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
17/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam keceriaan umat Islam meninggalkan ibu kota bagi menyambut 1 Syawal di kampung halaman mereka, bandaraya Kuala Lumpur menjadi ‘milik’ warga asing sempena Aidilfitri pertama hari ini.

Walaupun bukan lagi satu fenomena baharu saban tahun, namun lambakan warga asing sentiasa menimbulkan rasa kurang menyenangkan dalam kalangan warga kota dengan sikap kurang menjaga kebersihan kawasan sekitar.

Berdasarkan pemerhatian rambang oleh Bernama, puluhan ribuan warga asing dari Bangladesh, Indonesia, India, Nepal, Myanmar dan Vietnam mengambil kesempatan cuti umum untuk menyerbu beberapa kawasan tumpuan ramai.

Antara lokasi ‘panas’ kebanjiran warga asing ialah pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kota Raya, Pasar Seni dan kawasan sekitar Bukit Bintang.

Bagaimanapun, kebanjiran warga asing turut menimbulkan masalah kebersihan apabila tindakan mencemari kawasan sekitar merimaskan oleh mereka yang melepak secara berkumpulan.

Seorang rakyat Malaysia, Nur Habib Hasinuddin, 42, berkata warga asing terlalu ramai yang berkunjung ke ibu kota sehingga masyarakat tempatan pula khuatir untuk bersiar-siar.

“Kita pula yang takut untuk keluar kerana mereka (warga asing) lebih ramai daripada kita,” kata juruteknik kilang itu ketika ditemui di KLCC.

Beliau, yang bersama keluarganya datang dari Segamat, Johor bagi menyambut Aidilfitri di ibu kota bagi kali pertama, berkata tidak pernah membayangkan ibu negara yang dipenuhi dengan warga asing.

Sementara itu, bagi G.Arivalagan, 39, tindakan warga asing mengotorkan bandar raya dengan antaranya meludah dan membuang sampah dan puntung rokok di merata tempat mencacatkan pemandangan dan status Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang moden.

Kakitangan kerajaan itu berkata senario tersebut tidak harus berlaku kerana ia boleh menyebabkan imej Malaysia tercalar di kaca mata pelancong asing yang datang ke negara ini.

Beliau berharap pihak berkuasa memastikan warga asing yang datang ke bandar raya sentiasa menghormati peraturan dan budaya tempatan.

Namun, bagi warga asing, cuti raya ini adalah masa terbaik bagi mereka untuk bersiar-siar di ibu kota bersama rakan-rakan senegara berikutan tidak mudah memperolehi cuti panjang.

Hudnar Nizjar, 27, berkata warga asing selalunya akan bertemu dengan rakan senegara di ibu kota kerana ia merupakan destinasi yang mudah dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam. – BERNAMA

Tags: Aidilfitriwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd