• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Bekalan Air Di Lembah Klang Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan bekalan air di Lembah Klang pada masa kini berada pada tahap membimbangkan berikutan rizab margin bekalan air berada pada paras hanya kira-kira dua peratus.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kedudukan itu rendah berbanding rizab margin bekalan air selesa yang disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu pada 10 hingga 15 peratus.

“Keadaan ini menyebabkan 593 projek pembangunan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak dapat diluluskan SPAN ekoran bekalan air yang tidak mencukupi.

“Kesannya, projek-projek ini terpaksa ditangguhkan dan menjejaskan pembangunan yang telah dirancang,” katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Abdul Rahim mahu kementerian menyatakan setakat mana masalah bekalan air di Lembah Klang menjejaskan pembangunan ibu negara.

Sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan masalah bekalan air di Kuala Lumpur tidak berterusan, Mahdzir berkata kerajaan melaksanakan Skim Bekalan Air dari Pahang ke Selangor yang merangkumi dua komponen iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

“Pembinaan LRAL2 juga masih di tahap 20.65 peratus berbanding jadual iaitu 24.91 peratus, katanya.

Sehingga semalam, Mahdzir berkata pegawai kementerian telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai kerajaan negeri Selangor bagi mencari penyelesaian kepada beberapa perkara termasuk yang melibatkan penstrukturan semula air.

Beliau juga menarik perhatian bahawa Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Klang Gate, Tasik Subang, Sungai Langat dan Sungai Semenyih tidak dapat menampung keperluan kira-kira dua juta pengguna domestik dan industri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mahdzir turut menggesa masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap penjagaan sungai yang merupakan sumber asas bekalan air. – BERNAMA

Tags: bekalan airSPAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Perlis Lumpuhkan Kumpulan Pecah Rumah

Next Post

6 Daerah Di Sabah Ditumbuhi Tumbuhan Rumpai Miang Mexico

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

Next Post

6 Daerah Di Sabah Ditumbuhi Tumbuhan Rumpai Miang Mexico

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd