• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juwita Mahu Guna Khidmat Pakar Bantu Ibu Tunggal

oleh Ahmad Albab
26/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Sekretariat Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) merancang untuk turut melibatkan khidmat pakar profesional bagi membantu ibu tunggal, kata Pengerusinya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Beliau berkata perjumpaan bersama para pakar dijangka diadakan di Kuala Lumpur sama ada pada September atau Oktober ini.

“Kita akan fikir masalah ibu tunggal dan lihat gerak kerja yang boleh dilakukan untuk membantu lebih sejuta golongan ini di seluruh negara.

“Kemudian kita akan kumpulkan langkah penyelesaian yang diperoleh untuk diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini malam tadi.

Sharifah Azizah berkata usaha untuk mendaftar golongan ibu tunggal akan dipergiatkan bagi memudahkan bantuan disalur kepada mereka.

Sementara itu beliau yang juga Ketua Wanita Umno Johor berkata dua daripada 26 bahagian Wanita UMNO Johor sudah memulakan mesyuarat agung tahunan mulai semalam yang perjalanan mesyuarat keseluruhan dijadual berakhir 8 Ogos. – BERNAMA

https://youtu.be/dyZ6r6Sbnpk

Tags: ibu tunggal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd