TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti Raja Report Malaysia iaitu Abdul Rani Kulup persis seorang selebriti pada hari ini.
Semuanya gara-gara tagline kipidap atau maksud sebenarnya keep it up yang berjaya mencetuskan fenomena hinggakan menjadi ikutan seluruh rakyat Malaysia.
Bukan sekadar popular, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ini turut diangkat sebagai hero selepas berjaya ‘menundukkan’ diva kontroversi Azwan Ali ekoran salah faham dengan peminat tentang restoran Menate.
Terbaharu, Rani Kulup yang mesra dengan panggilan ayah mula melangkah setapak lagi apabila berjinak dalam dunia perniagaan.
Menerusi laman Facebooknya, Rani Kulup memaklumkan beliau telah mengeluarkan koleksi jenama #Kipidap sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
“Jangan ingat Aaron Aziz, Zizan, Nabil je ada baju nama dorang, ayah pun ada lah!!
“Jangan ingat ayah biasa-biasa. Ok jangan lupa beli jubah ayah ni ye.. kalau tak beli ayah report (buat laporan) polis…‪#‎kipidap‬ ‪#‎dudebest‬,†kata dalam satu entri yang dimuatnaik malam tadi.
Uniknya, jubah #Kipidap dijual lengkap bersama lencana dan pembeli akan mendapat satu cermin mata hitam Rayban (tiruan) secara percuma bagi setiap pembelian.
Harga yang ditawarkan bagi sehelai jubah #Kipidap adalah RM150. – MYNEWSHUB .CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Malaysia Digest