• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mudah Terpengaruh Kumpulan Militan IS

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGKALAN HULU – Pelajar dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan militan IS yang cuba merekrut anggota baharu khususnya golongan muda menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Saleh berkata kumpulan itu kini giat memperluaskan ideologi keganasan menggunakan kecanggihan teknologi walaupun kegiatan mereka disekat pihak berkuasa.

“Golongan muda iaitu para pelajar perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi itu sehingga terjebak dengan kumpulan militan tersebut.

“Jadi pelajar perlu berwaspada dengan pelbagai maklumat di media sosial khususnya yang boleh merosakkan masa hadapan mereka sehingga mengancam keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis di Padang Kawad Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Osman meminta pelajar memberikan lebih tumpuan terhadap pelajaran selain menyertai kegiatan kokurikulum sekolah seperti pasukan Kadet Polis dan sebagainya.

“Masa belajar amat penting dan seharusnya pelajar menggunakan peluang yang ada ini untuk meningkatkan diri dalam prestasi pelajaran sebagai persediaan menghadapi alam dewasa.

“Dengan menyertai pasukan beruniform, ia membolehkan pelajar mempunyai disiplin serta jati diri yang tinggi bagi menghadapi dunia luar yang penuh dengan pelbagai cabaran,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 300 peserta kor kadet polis dari seluruh sekolah menengah di Perak berjaya menamatkan latihan perkhemahan yang bermula sejak Ahad lepas. – BERNAMA

Tags: Militan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd