Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Shhrizat Abdul Jalil hari ini berkata, sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri tidak patut dihukum secara gopoh tanpa bukti kukuh dan sahih.
Hal ini termasuklah berkaitan isu 1MDB yang hangat digembar gemburkan pembangkang pada hari ini termasuk isu terbaharu, laporan oleh The Wall Street Journal yang sudahpun dinafikan kesahihannya oleh Najib sendiri.
“Jika laporan-laporan diterbitkan hanya sekadar dakwaan tanpa bukti yang sahih dan kukuh, adakah boleh kita rakyat Malaysia mempercayai laporan mereka sebagai ‘gospel truth’.
“Wanita ambil maklum bahawa agensi-agensi yang relevan sedang mengambil langkah sewajarnya dan kita patut bersabar menunggu pengumuman berhubung isu laporan The Wall Street Journal, Sarawak Report dan lain-lain, serta berhenti membuat pelbagai spekulasi mengenainya,” katanya.
Sharizat menambah,  beliau yakin Perdana Menteri akan dapat menyelesaikan kemelut terbaru ini seperti mana ujian-ujian yang telah dilaluinya sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

