• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Perkuburan Kg Tualang Tanah Perkuburan Bersepadu

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bercadang menjadikan tanah perkuburan Kampung Tualang, yang menempatkan jenazah mangsa pemerdagangan manusia sebagai tanah perkuburan bersepadu pada masa depan.

Pengarahnya Datuk Noh Dahya berkata, ia bakal menyerupai Tanah Perkuburan Bersepadu Sungai Petani Timur dan Tanah Perkuburan Bersepadu Sungai Petani Barat yang dijaga secara sistematik, berlandskap dan mengguna pakai teknologi
moden.

Melalui konsep tersebut katanya, waris boleh merujuk kepada maklumat simati dengan merujuk pangkalan data yang tersedia dan lebih sistematik.

“Kita bercadang mengguna teknologi moden, boleh tempah tanah perkuburan dan maklumat tentang waris boleh merujuk kepada pangkalan data jadi dia boleh cari kubur moyang dia dan sebagainya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun menurut Noh, setakat ini fokus utama pihaknya adalah meletakkan batu nisan kepada semua perkuburan jenazah pemerdagangan manusia di Kampung Tualang itu.

Jabatan Kerja Raya katanya juga merancang untuk memagar tanah perkuburan itu.

Penyelenggaraan tanah perkuburan seluas 5.76 hektar itu akan diputuskan bersama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) katanya, memandangkan tapak perkuburan itu sekarang telah menjadi perkuburan antarabangsa.

“Ia (tapak perkuburan)  pada asalnya merupakan tanah perkuburan untuk penduduk Kampung Tualang sahaja, kita pun hendak ucap terima kasih kepada penduduk kampung ini, dengan pengorbanan mereka kita dapat sempurnakan pengebumian jenazah di sini,” katanya sambil menambah tanah perkuburan tersebut juga boleh dijadikan tempat pengebumian untuk jenazah tanpa waris.

Mengulas bagaimana proses untuk menandakan kubur dengan batu nisan, beliau berkata ia dilakukan mengikut nombor siri yang dikeluarkan oleh MKN selepas selesai ujian forensik.

“Pihak keselamatan guna ‘coding label’ nombor siri sebab tidak ada dokumen, jadi kes mangsa etnik Rohingya ini tidak miliki apa-apa dokumen yang boleh dijadikan rujukan, jadi kita ambil berdasarkan keputusan forensik sementara itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tidak Larang Balik Kampung Untuk Jimat Minyak..”

Next Post

Hal Dalam Kubur – Ini Pesanan Peminat Kepada Azwan Ali

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

Next Post

Hal Dalam Kubur - Ini Pesanan Peminat Kepada Azwan Ali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd