SUSULAN insiden tak matang penyanyi kecil molek, Ariana Grande, yang bertindak menjilat donut yang tidak dibelinya di sebuah kedai, pelantun lagu Problem itu tidak akan dikenakan apa-apa hukuman walaupun ia boleh dikira satu jenayah jika dilaporkan oleh pemilik kedai.
[BIADAP! ARIANA GRANDE KANTOI JILAT DONUT TAPI TAK BELI]
“Pemilik kedai roti tersebut enggan mengambil tindakan ke atas Ariana kerana melakukan jenayah kecil itu,” kata Michael Vasquez, Timbalan Syerif di Jabatan Syerif Daerah Riverside.
Video yang mendedahkan perbuatan Ariana telah tersebar dan mendapat perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi penyanyi itu juga didengar menyatakan “saya benci Amerika” yang mengundang kontroversi.
Walaubagaimanapun, penyanyi berusia 22 tahun itu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat yang tersinggung dengan perbuatannya itu.
Nampaknya lepas ni Ariana mesti lebih sedar bahawa apa pun yang dia buat ada mata dok memerhati! – MYNEWSHUB.CC
Video Ariana Grande memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat
https://www.youtube.com/watch?v=lTwnHkKwjAU


