SUSULAN kes kanak-kanak lima tahun, Nur Zuliana Zaara Zulkifli atau Yaya yang dipercayai didera ibu tiri dan bapa kandungnya, kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mendera kanak-kanak malang itu.
Didera Sampai Patah 13 Tulang: Bapa, Ibu Tiri “Yaya†Ditahan
Memetik laporan Sinar Harian, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Pasir Mas, hari ini atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Hakim menetapkan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kesalahan sementara menunggu kes tersebut dibicarakan pada 16 Ogos ini.
Ibu tiri Yaya didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Manakala bapa Yaya didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.
Jumlah keseluruhan ikat jamin adalah sebanyak RM60,000.
Dalam laporan sebelum ini, Yaya dilaporkan cedera parah apabila 13 tulangnya patah termasuk 10 tulang rusuk akibat didera.
Kanak-kanak itu mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ
DERA BAYI- POLIS BURU IBU-BAPA TIRI BAYI [28 JUN 2015]


